Oct 7, 2010

diari hari ini

lama gila tak update blog. bukan malas ke apa, tapi selama itu aku berada di kampung arwah atok. meskipun arwah dah tak ada, tapi aku kena tengok-tengokkan makcik. dia sakit. bukan sakit berat, tapi ada jangkitan sikit sebab kencing manis dia tu teruk. so, dia tak dapat berjalan dengan baik, dan kesakitan. tapi hari ni dah balik kerumah sendiri dah...


packing dan pos barang
balik rumah je packing barang untuk customer yang menempah sepanjang beberapa hari ini. sorry banyak-banyak to kak zailani... terpaksa postpone post sebab aku tiba-tiba saja balik kampung hari tu tanpa sempat pos barang dia. yang lain-lain semua order masa aku kat kampung.

cuma yang cuaknya, bila ada yang order hari ni dan nak esok. aduh, sebelum order tengok T&C dulu dan rasa-rasa semua pembeli online ni dah sedia maklum, akan setiap blog ada hari-hari penghantaran tertentu. so, janganlah mendesak.

saya dah tulis hantar hari isnin/jumaat...tapi kalau saya kata insyaAllah nak hantar esok tu means saya akan usaha sebab kebetulan nak ke pekan ke apa kan... bila batalkan order tanpa beritahu, penjual ni sabar saja, tapi kalau lambat hantar saja, amboi berdesup dia call kita sedangkan kita tengah banyak kerja nak buat lagi.


tapi alhamdulillah, dalam keadaan gawat tadi, nak tulis address lagi, nak cari barang dan packing lagi, nak ke pekan lagi, 5.00 petang lebih-lebih, dan-dan saja pejabat pos nak tutup aku keluar dari pejabat pos dengan senyum. konon dah settle lah kan... dah lah, pos ekspress dan pos laju asing-asing kat sini. dua kerja pula yop. mesti abang pejabat pos tu bengang saja kan, eh apasal engkau tak datang maghrib karang? hakhak :P tak apalah bang, demi customer daku turutkan... =,=


potong rambut
dah dekat 8 bulan konon nak gunting rambut. macam-macma fikir, nak potong macam mana. style terpacak ke, style menegak tak jatuh-jatuh ke, atau style ganes agnes monica ke atau monica bay, tak tahu nak macam mana. blur. dulu masa nak potong, selalu sebab ada azam baru. azam baru, rambut pun baru lah brader. tapi sampai kesudahnya tak potong-potong.


alih-alih, tadi tiba-tiba saja kaki macam rajin dan panjang langkah sampai juga ke saloon yang pernah aku pergi lama dulu. adik aku kata jangan potong pendek terus kelak kau akan menyesal, lalu aku pilih potong tak berapa nak pendek. kita tengok dulu macam mana kan?


entah tak ada cerita kot, sampai potong rambut dengan awek banyak mulut tu pun nak cerita... adoii... ;P


KFC time
maxis kata, kalau nak ayam free, beli topap hot ticket RM10 dua keping dapat satu ketul ayam free. tapi malangnya sebab tak pernah beli yang macam dia nak, maka tak ada free-free, bayarlah kalau nak makan saja ada. maka, bertong-tong duit dengan adik kesayangan, untuk menjamu kami sekeluarga.

tak makan kat situ, sebab tak cukup korum, lalu tapau buat balik rumah. sempat lagi melawak dengan adik kat kaunter...kalau dia tanya, take away ke makan sini, jawab apa? kata adik, bungkus. hakhak. kalau jawab tak care, boleh?

mahu makan pelempang laju-laju karang. hakhakhakhak lagi. :P


tanya tahibulan:
bila lagi lah ni akan update blog...seminggu kemudian? hu... sampah banyak dalam draft, tapi tak edit lagi. huhh, malas ~



DI MANA DIA FOLLOWER KE-500 SAYA...?
hu...

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

untung kurus leh makan kfc..
:)

ardinihumaira said...

dni pun potong rambut setelah setahun nak potong :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)