Jul 20, 2010

pelempang laju-laju nak?

amaran:
jangan cuba bermain dengan api, kelak membakar diri... 
sarang tebuan jangan dijolok, karang menyakiti diri.


marah, memang marah. eh, kenapa ada orang macam kau ni dalam dunia?rasa mahu pelempang laju-laju jam itu juga. tak tahu, memang akan terus ke berbuat baik pada kau, tapi bila tahu, sakitnya hati tuhan saja yang tahu.


bila time-time macam ni, baru aku kenal mana satu kawan, mana satu lawan tapi risau juga, bila yang kawan hari ni esok tiba-tiba berubah laku, jadi lawan. sedih tak payah cakaplah. maam orang bodoh yang menolong anjing tersepit, macam menolong buaya yang dihempap kayu, akhirnya menggigit semula kaki si kancil...


Itu binatang kawan, tak punya akal untuk berfikir tapi kita ni kan manusia, kenapa nak meletakkan diri dan maruah serendah binatang? selapang dada, aku mengucapkan, terima kasih kerana mengambil tahu...


hari ini kau menjolok sarang, kau bermain dengan api...mungkin esok, tebuan ini, api ini akan membakar dan menyakiti kau kembali. awas kamu!



Notabulan:
Sudah lama menjadi yang teraniaya, apa kata kita pula yang menganiya, boleh tak?


kalau sesiapa ada freindster, dulu aku selalu tulis pasal 'kawan makan kawan' di blog kat sana.... lega bila menulis..


(maaf kalau tulisan selalu saja begini beberapa hari ini...)

6 comments:

Qaseh Suhaida said...

kita insan biasa yg cepat emosi tetapi dgn luahan begini kita akn berasa lega skit.

Nana Eddy said...

sabarlah ye cik Bulan. memang orang sebegitu ada di mana-mana

SyuQ said...

biar sjer Allah yg membalasnya

soffya cik bulan said...

qaseh,
ye..betul tu..rs lega sikit kn..

nana,
ye...thnks

syuq,
ye, ykin dgn jnji2 Allah..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bersabar lah...
;)

Sheherazade said...

pelempang laju2,pijak perut laju2 xmau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)