Jul 20, 2010

Gunting dalam lipatan

entahlah... memang takdir hidup aku kot. aku memang tak akan dapat pernah lari dengan gunting dalam lipatan atau yang seangkatan dengannya seperti kau tahulah, iaitu api dalam sekam, duri dalam daging, harapkan pagar pagar makan padi dan sebagainya... kalau penjajah kita dulu cakap, backstabber, betrayer...


memang dari dulu macam ni. aku tak tahu mana silapnya diri ni. salah ke kalau kita berbuat baik? salah ke kalau kita percaya? salah ke kalau kita anggap, kaulah sahabat...


eh, ini bukan kisah benar tentang diri yang baik ditikam kawan baik. bukan. tapi ini kisah realiti hidup, bila kita bukanlah terlalu berbuat baik, tapi kita PERCAYAkan dia atas dasar muafakat membawa berkat, kenapa dia pula yang cuba menangguk di air keruh, cuba merosakkan dan meruntuhkan apa yang sedang dibina itu dengan cara dari dalam? kenapa?


kawan,
bahagiakah kita bila melihat orang lain sengsara? bahagiakah kita bila melihat orang lain menderita? bahagiakah kita bila melihat orang lain jatuh kerana kita?


kawan, 
kalau bahagia dan masih mampu tersenyum tika tu, teruskan. kalaupun aku tak terlalu baik, tapi aku tahu hati aku setahap mana... dan aku yakin dengan janji-janji Allah... itu jelah...hari ini, kalaupun yang bersisa tu telah runtuh, esok, pasti akan ada lagi yang boleh dibangkitkan kembali...hidup kan roda, aku ingat tu.




Notabulan:
mana-mana kawan yang ada kawan, baca dan fahami ini...

melawak seketul:mari belajar peribahasa dalam entry ini.:P

6 comments:

myQza said...

jenis kawan ti,am belakanglah ni ek?
karate jek?

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

susah nak kawan2...
aku susah dalam nak berkawan...
;)

. said...

macam2 ragam kawan nie... fahami xcukup.. tolak ansur penting

.::WaNiE::. said...

kawan

kawan

kawan

soffya nak jadi kawan wani tak

soffya cik bulan said...

si tedi,
ye..btl sgt.rs nk jek kuat2 je

ceroi,
hehehehehhe

pelati,
ye..tlk ansur sgt pntg kn?

wanie,
mestilah nak...nk sgt3...
sbb nnti blh gosip2..hakhak

Anonymous said...

mmg pedih berkawan dengan gunting dalam lipatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)