Jun 17, 2010

Siapa Ahadiat Akasyah? Penulis Picisan?

ahadiat akashah. handsome tak? :P



Kau kenal Ahadiat tak? Ala...penulis Lagenda Budak Setan tu... Aku? tentulah sangat kenal… mana taknya, dulu pernah main-main guli, main lompat getah dan main tudung botol sama-sama. :P ( hanya gurauan yang tak berasas). Ahadiat Akasyah mungkin bukan begitu popular pada kau, tapi sangat popular pada aku. sebab aku kenal novel beliau masa sekolah rendah lagi.



Bila dah membaca, pasti ingin tahu siapa penulisnya. Terasa teringin nak tanya, eh, macamana ye encik dapat idea tulis novel ni…? Macam mana bayangkan tempat-tempat kat luar negara tu, encik pernah pergi ye? hidup je cerita.. (yang ni kau jangan gelak sebab masa aku baca novel tu..aku baru darjah 6, tingkatan 1...suku kata aku pasal luar Negara memang tak begitu meluas lagi. hehh), encik pernah ada girlfriend macam ayu ke? Encik ni kasyah ke? Haha…gila banyak soalan, mesti bawa pengsan encik Ahadiat nak jawab soalan aku…



novel hati aku... dah banyak kali bertukar wajah...


Tetapi aku masih tidak tahu siapakah dia Ahadiat Akashah sehinggakan aku benar-benar dewasa, dan melihat beliau muncul di akhbar Utusan tentang isu seperti tajuk entry aku ni… penulis picisan (kita, blogger picisan). Teruja? Tak payah cakap la…




“Ohh ini Ahadiat Akasyahnya…(sengih-sengih). La…dah dekat 40 tahun. Ada wife dah…ala….(gatal mak aihh..). takpe..takpe, nak simpan gak keratan ni!”



Sila percaya… akhbar itu beberapa tahun lepas, aku gunting dan simpankan ia dalam fail bersama-sama sijil aku dan masih ada sampai sekarang. Fuhh, minat gila! sampaikan aku cuba meniru trademark Ahadiat. kau pernah tengok tak tengok trademark Ahadiat untuk setiap novel dia? (Aku dah cuba lukis guna paint, hodoh gila...hu. tapi ia berdasarkan nama ahadiat akashah, tapi ditulis dengan cukup kreatif. dan aku cuba tiru dengan nama aku hari tu...haha, menjadi...aku suka!)



Penulis picisan. Itu gelaran yang pernah dilemparkan kepada AHADIAT. Oleh sebab Ahadiat menulis fasal budak-budak Malaysia, dia pernah dilabel ‘penulis picisan’ yang mengggunakan ‘bahasa sampah’. Wak hal lu derr… (wakaka, aku gelak ni) iya lah, dah dia tulis fasal budak-budak kita takkan dia nak pakai bahasa high class, kan?



Apapun, aku tak cakap dia betul, sebab aku pun pencinta bahasa (walaupun kadang-kadang tanpa sedar tersasul, terseleweng, terserong dan terlebih bebas tika menulis…itu memang khilaf aku. Ku akui itu apabila kadang-kadang mental tak seiring kata. Terlanjur…tanpa dipinta, kan?)



Ahadiat dan almarhum Usman Awang tak sama. Juga dengan A.Samad Said pun tak sama, dengan Abdullah Hussein pun berbeza. Begitu juga dengan Keris Mas pun… (ini nama-nama sasterawan Negara kita. Jangan bangkang, sebab aku hafal ini.. aku budak minor pendidikan sastera, okay?) Azizi Abdullah, T.Alias Taib, Anwar Ridhwan juga sasterawan yang berbeza dengan Ahadiat.



Jika mahu yang zaman kini… pastinya Ramlee Awang Murshid dan Faizal Tehrani menjadi ukuran. Jangan kau lihat pada tinggi taraf atau mutu keunggulan, cuma aku sekadar menyebut perbandingan supaya kau lihat bahawa tiap penulisan ada perbezaan… tiap penulis pula ada ketaksamaan. Betul tidak?




cik bulan:

Maaf sebab kadang-kadang aku menggunakan ‘dia’ untuk merujuk Ahadiat Akasyah.


Jadi, nasihat aku… jangan mencari Ramlee pada penulisan Faizal, dan jangan mencari Ahadiat pada penulisan Ramlee. Begitu juga bila kau pergi menonton filem pengadaptasian novel ni… mungkin apa yang kau dapat tak macam yang kau harapka (walaupun tak tengok lagi tapi aku baca ulasannya filem ni macam tak berapa umpphhh, ye tak?)

7 comments:

Amy Abdul Rahman said...

Saya banyak k0leksi n0vel Ahadiat Akashah ;)

Sheherazade said...

Kagum,kamu memang penuh ilmu bahasa

wakaka,lucu juge slanga budak2 sekarang..ku pon terikut3

ade jumpe beliau mase pesta buku,tp memang xde bukti..hubby dah pesan pesta buku sesak.memang betul,sesak

ku xberani bwk camera kerana isteri dia ni memang cuai...

sayangnya dia muflis,mana silapnya

ardinihumaira said...

^__^ dni suka novel2 dia... ada koleksi gak

soffya cik bulan said...

white girl,
bagus...sm minat kita.pnjm bleh?:)

soffya cik bulan said...

peri pia,
ye...sbb ku study itu kalau tak zero jgk..he

kenapa ye, ku ada juga dgri itu

soffya cik bulan said...

dini,
meh pinjam...:)

kita minat sama..:)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

adik aku suka bace novel beliau...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)