[nah, marah dia!]
masalah. bila berlaku salah-faham antara dua pihak, kalau kau yang duduk di tengah-tengah, pasti kau akan buat macam ni juga, kan? bila pergi pada sebelah sana...kau akan cakap yang baik-baik pasal sebelah sini, kau akan cuba back up yang sebelah sini. dengan harapan, ohh yang sebelah sana akan bersejuk hati. akan faham, akan positif dan tidak marah lagi.
dan bila pergi sebelah sini, kau akan cakap baik-baik pasal sebelah sana pula, kan? juga dengan membawa harapan yang sama... yang murni. sungguh, kau tak ada niat selainnya... cuma niat kau, biar masing-masing nampak kebaikan antara satu sama lain, supaya tak ada lagi salah faham...kan?
tapi bila kau buat macam ni....akan timbul pula satu isu... eh, kau ni back up sangat dia, kan? habis aku ni siapa? jangan buta mata, buta hati... jangan nampak baik dia sangat, dan nampak aku jahat saja. ohh, mungkin dia akan cakap macam tu, ye tak? lalu, kau mungkin dikatakan, 'hahh, kalau dia tu bagus sangat, pergi pada dia!'
sedangkan kedua-duanya penting pada kau... sahabat baik kau...kan? jadi, kalau kau duduk tempat aku, apa yang kau akan buat? pasti kau akan tersepit.. bila yang ini tanya itu, dan apakah jawapan yang layak untuk tidak membuat orang terluka. begitu juga yang sebleah lagi pun sama. apakah perlu kau lafazkan?
paling penting ialah, kau tak mahu orang meragui niat kau... dan paling penting ialah, kau ikhlas dengan kedua-duanya.
kawan,
kadang-kadang orang tak faham niat kita. kita cakap macam ni salah, cakap itu salah. segala-galanya orang akan perhatikan. sumpah, aku tak baik langsung, tapi kalaupun aku bukan baik, tapi aku tahu hati aku tahap mana. hari ni, aku gaduh dengan orang, sakit hati, terluka mcam mana pun, aku tak pernah simpan sampai dua hari. mesti akan timbul dalam hati aku, ohh penatnya rasa macam ni. penatnya nak bermasam muka atau berbuat ignore. ohh, tak boleh...sebab rasa terjerut leher.
dan aku juga tak ada masa, bila gaduh saja, nak buka-buka cerita. tak okay? gaduh bagi aku sementara, tapi persahabatan, akan berpanjangan. walaupun siapa pun dia asalnya pada kita.
kalau kau tahu tersepitnya aku dengan keadaan ni...
cik bulan:
terasa ingin berjalan-jalan melihat haiwan lah...meringan-ringankan bebanan otak. bersendirian, mungkin.
aku ada impian dan cita-cita. aku berusaha dan mencari. jadi, bila dah hampir dapat, aku harus fokus dan membuat yang terbaik. masalah peribadi tidak harus meganggu emosi aku...harus tidak.
6 comments:
jalan sorang2 memang tenang...
selalu nya orang tengah kurang lebih sampaikan cerita :)
Mmg susah nak jaga hati org
dan taksedar kita sakitkan hati sendiri :)
meniti senja,
ye, betul kata anda!
naz,
erm..sedikit tk phm..
adkh itu nasihat buat sy?
wanie, '
btl tu...
kita bkn baik sgt, tp itulah...
Post a Comment