Jun 11, 2010

alexa | aku tahu aku bukan yang layak nak cakap pasal ni...

Tapi aku nak cakap juga (sambil hentak kaki sampai pecah lantai.he) eh, alexa tu apa sebenarnya... rangking blog kita ye? apa kaitannya dia dengan trafik kita? atau macamana urutan blog mengikut alexa ni? (aku tanya, bukan cakap..he)


baik, aku teringin juga nak beralexa bagai macam kau semua. dah, aku  pergi blog tu cakap pasal Alexa dia, pergi blog sana pun sama. dulu, aku pernah buat entry pasal rangking alexa Ben Ashaari yang dah potong red mummy. yang itu aku cilok laporannya dari blog encik ben sendiri.


then, aku masuk blog bukan kisah bunga dahlia. aku suka baca situ sebab dia selalu tulis pasal rangking Alexa. dia cakap, elok download toolbar dia. jadi, aku buatlah.. dan aku sedikit faham apa gunanya toolbar itu. bila masuk je laman apa-apa, dia akan terus tunjukkan di atas tu kedudukan laman tu dalam Alexa. contohnya, tempat pertama dimiliki oleh encik google kita (eh, kita? ada share ke?hehh), dan kedudukan kedua digondoli oleh siapa lagi kalau bukan abang facebook, tempat kau berbuang masa itu (eh, baik kau buang masa kat blog aku. gerenti, kedudukan aku naik, kan?)


terujanya ialah... (yang ni kau jangan gelak, kalau pun blog kau punya kedudukan yang bagus, okay?) blog aku semakin meningkat kedudukannya. mula-mula aku pasang toolbar ni, aku tengok ia berada pada kedudukan 2 3+++, +++. lepas tu, 2 0+++, +++ dalam masa seminggu ini saja... semalam, jadi lagi 1 99+, +++ dan hari ni aku tengok, 1 93+, +++. walaupun ia berada pada kedudukan 2 juta lebih dan sekarang, pada 1 juta lebih, aku bangga dengan blog aku.


aku pun tak faham, macam mana kedudukan itu berubah sikit demi sikit dalam masa beberapa hari saja... sedangkan unique aku hanyalah dalam lingkungan 40-50 saja minggu ni sebab aku memang tak punya banyak masa. masa banyak, tapi line connection sangat mematahkan kegiatan blogwalking aku. ada pun publish entry, tak boleh letak gamabr, kecuali kesempatan semalam masa keluar ke town sekejap... sempat buat autopost.


Dalam unique hanya 20-30-40-50 dan 80 ni aku menerima tiga BE dari minggu lepas. tadi aku chek, masuk lagi dua BE, jadi lima lah sekarang (dua dah ME). walaupun nilai kecil, tapi inilah pertama kalinya aku dapat BE. sedangkan dulu, unique aku pernah cecah 200 dan biasanya 100 lebih tak pula dapat BE dari encik nuffnang... aneh, kan? apa kriterianya ye?


Alexa ni pula... aku jengah blog yang best gila...yang komen setiap entry sampai 50 orang pun masih pada kedudukan 3 juta lebih. dan ada blog yang biasa-biasa saja pula duduk di 1 juta lebih... dan yang ada followernya ratus-ratus (2 kali ganda blog aku) duduk di kedudukan 5 juta lebih. pelik kan? jadi, apa kriterianya ye untuk penambahbaikan kedudukan di alexa ni? apa kau nak ye cik Alexa? (nama cantik, macam perempuan, kan?)



cik bulan:


bila menulis tak kisah mantap ke tak ni, rangking alexa makin baik...dan dapat pula burfered earning walaupun unique tak tinggi... jadi, apa lagi...tulislah apa sahaja cik bulan oii.....kan? kamu pun sama, tulis sahaja, apa saja.


sentap tengok keyword hari ini... ish, nanti aku buat entry lain. bengang ni...he :P

5 comments:

NAZ said...

erkk saya kurang peka tentang ini ahaha semoga popular di alexa

En iLHAM said...

saya ni lagi sedih
dahlah alexa pun tak paham pape
buffered earning tu pun xtau tau
huhu
nuffnang ni beroperasi camne pun masing dalam bayang-bayang lagi
haha
ketinggalan sungguh kan??

Sheherazade said...

alexa,tahu hanya pada name dan ranking
yg lai,tdk tahu

kenapa sentap syg?

.::WaNiE::. said...

ooo baru aku tau fungsi toolbar alexa tu

tp

apa kene mengena ngn traffic??

ahhh malas pikir lah

hahahah boleh??

tahniah for BE semoga ia kekal lama okkkk

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

BE????
apekah itu???
aku xtahu ape...
wanie...
ajar aku...
hahaha...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)