May 20, 2010

SMK Hillcrest, imbasan kenangan dengan satu Cekap | rindu bertamu...:(

....sebahagian 1 cekap....



ini kelas, memang selalu buat aku touching.aku tak tahu kenapa...aku nak marah, tapi tak boleh nak betul-betul marah.bila aku pandang wajah seorang-seorang, aku cepat tersentuh. mengalah dengan perasaan sendiri.sudahnya... dah dua kali aku menangis dalam kelas ni.haha... aku terbuka rahsia. tak apalah, dah habis pun sesi praktikal.ha, gelak la... kalau kau orang nak gelak.memang aku lah cikgu itu...




aku geram sebab selalu tak siapkan kerja sekolah, atau selalu mengganggu P&P.macam-macam hal.mata aku ni tajam.sampai ke belakang, ke tepi aku nampak kalau budak main-main. dulu, awal-awal aku berlembut juga tapi sudahnya...aku tak boleh dah.aku betul-betul tegas dan garang.(ye ke?.tanya anak murid aku lah betul ke tak.he)




tiga nama...dolah, mirul dan paan.ini yang selalu buat aku rasa nak pengsan...buku tak ada, tapi tak pernah serong masa aku.tu aku tersentuh juga.mereka ni nakal sangat, suka mengusik, main-main.aku kalau ikut cara cikgu lain, ignorekan saja. tapi, aku tak nak macam tu.sekurang-kurangnya...masa aku ada ni, mereka boleh belajar dengan baik sebab aku bukan pegang banyak kelas pun.ada masa nak bagi perhatian lebih untuk mereka.




pernah sekali, aku chek buku...masa tu fisrt time nak buat karangan.aku tengok dari meja ke meja.tapi sudahnya, Paan tak ada buku.



cikgu:mana buku awak Paan?
Paan:tertinggal cikgu.he...ni buku amali sains ada.boleh buat dalam buku ni cikgu?
cikgu:(huhh, sabar jelah...)la...apa kaitannya buku tu dengan bahasa melayu?






aku memang tak larat nak marah dah.sebab kalau aku marah, sama saja.akhirnya, aku yang lelah.Mirul dan Dolah pun sama.tak ada buku ke sudahnya... dalam geram aku suruh mereka ikut aku ke koperasi dan aku belikan buku untuk mereka.tak apa lah... janji, sampai hari aku meninggalkan sekolah tu, mereka masih ada buku karangan dan buat latihan walaupun tak sempurna.




tapi alhamdulillah...mirul akhirnya berubah selepas cik surabhe (sayang, i sayang u lebih lah!hehe) marahkan dia selepas aku menangis pertama kalinya hari tu.terus berubah.dolah dan paan masih sama, tapi dolah tak lah seteruk paan. tapi yang bestnya, mereka ni walau macam mana nakal pun, tetap dengar cakap aku. bila aku masuk kelas mesti aku akan susun pelajar ikut kehendak aku. contohnya, paan, mirul dan dolah mesti berpisah.jadi, aku atur-atur lah mereka jauh-jauh.duduk dekat budak baik macam izzat dan haqil.




begitu juga dengan ikmal, akmal dan syakirin.ni lagi tiga pelajar nakal.sama juga aku buat.dulu fazwan juga satu geng dengan paan, tapi dah berubah.cepat berubah.yang lain-lain...ada yang sangat smooth, macam adam, izzat, faez dan haqil...dan ramailah lagi.yang pastinya, aku ingat kesemua nama 36 orang pelajar aku tu.macam satu amal juga.sebab tu bila nak tanya soalan dalam kelas, semua tak boleh lari.semua kena.




mungkin satu masa mereka takkan ingatkan aku lagi...tapi aku harap, ilmu yang aku bagi tu mereka ingat. walaupun aku hanya cikgu praktikal, kadang-kadang aku aku buat lebih dari tu.walau aku tak dapat A sekaliupun untuk praktikum ni, tapi aku tahu siapa aku, macam mana aku mengajar.aku memang tak pernah putus asa.itu yang aku tahu.kalau aku nak pelajar aku jawab, dia mesti kena jawab.mungkin bukan saat tu juga, dia kena jawab hujung masa nanti.dia mesti kena faham soalan tu.perkara tu.




aku harap mereka faham, aku bukan suka-suka hati nak marah...tapi semua untuk kebaikan mereka.nak-nak 1 cekap ni aku lebih rapat.sebab aku memang ambil tahu tentang latar belakang mereka.kenapa mereka selalu tak datang?contohnya farihin.sampai hari perpisahan pun dia tak datang.pelik padahal sebelum tu beria nak datang.keluarga siapa yang mak ayahnya berpisah?dan macam-macam lah...dan aku juga tahu masalah-masalah kecil mereka tu.




masa jamuan juga sangat terasa gila, sebab mereka ni utamakan cikgu.cikgu dah makan?apa cikgu makan?bagi cikgu ruang untuk duduk.dan pelajar lelaki pula bagi pelajar perempuan ambil dulu makanan.masing-masing juga sibuk nak potong kek dengan aku.ada dua biji kek.semua tajaan peribadi.memang rasa sedikit dihargailah....sebab tu dengan kelas ni hati aku sedikit touching.





kalau bila aku marah pun, mereka ni cepat-cepat ambil hati aku balik bukan memberontak.tu yang aku suka....contohnya, fatin.selalu kena marah, sebab aku risaukan dia.dia pengawas, tapi selalu tak siap kerja sekolah.sebab bagi aku, pengawas ni idola.jadi mesti kerja lebih sikit.tapi bila aku marah, dia akan ambil hati aku balik dengan buat kerja yang aku bagi tu cepat-cepat.




nanti aku nak cerita satu-satu pasal murid-murid aku ni?sebab apa?sebab aku tahu...mereka ni layan blog aku.bukan mereka je, cikgu-cikgu kat sekolah aku tu pun.mula-mula cuak juga.tapi apa nak kisah, aku bukannya tulis yang tak baik pun...tapi semuanya yang benar-benar belaka.



buat satu cekap,
cikgu sayang kamu semua sangat-sangat. tu je yang cikgu tahu....walaupun macam mana marah pun cikgu, hati ni tetap rindu tak sabar nak masuk mengajar. bila dah jauh macam ni, lagilah. cikgu harap kamu semua ingat nasihat cikgu. disiplin tu penting. kalau kamu bukan sangat pandai pun, kalau ada disiplin, insyaAllah kamu akan berjaya dan jangan sesekali kurang ajar dengan guru. peperiksaan ni buat yang terbaik...yang terbaik. ingat tu! nota-nota untuk peperiksaan cikgu rasa dah lengkap, gabung dengan nota cikgu ayu. insyaAllah, kamu mesti dapat buat yang terbaik!




pesan cik bulan,
ini entry cecah lantai.jangan pengsan kalau baca.tak nak baca pun tak apa....T_T

8 comments:

ardinihumaira said...

cikgu pia... dni baca cecah lantai.. tak pengsan.. hehe.. deen dulu pon masa dia praktikum, dia sayang nak tinggal sekolah tu... sampai skang layan fb dengan bekas anak2 murid dia..

Sheherazade said...

ku bace la sayang :P

(T_T)

izuddinrahim said...

pengsan suda baca entri ni..tak cukup nafas..panjang~haha

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bukan cecah lantai...
nak tanye cekgu...
berape patah eh cekgu...
=)

Cik Akma said...

ttbe rindu time skolaa. huuuu~
err mase form4 ade cikgu gnti sbjek kimiaa. mude mcm akak gakk. baikk btol dye. ktorg buat salah xmrh pon. huu~

mama affan said...

sabar je la..

paan 2 mmg loyar buruk kot..hehe..

fndrocka said...

nak cerita student kau sorg2? ramai tu...kena wat blog kelas lah..

Latest Entri : Peristiwa Subuh

MR.Z said...

owh praktikal jadi cikgu yek, hehe biasa la kenangan praktikal..kenangan terindah .. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)