May 23, 2010

aku budak baik. jadi sekarang aku dengar cakap nurse, okay?

 sila lihat muka nurse kartun ni..haha


sebab aku budak baik, aku dengar cakap nurse. sekarang aku kat bawah online kejap sambil cas ladtop aku. tadi dah tukar pampers atok, dah suapkan dia makan (walawehhh...tiba-tiba dia nak pula makan ayam KFC) he.. dan bihun goreng. aku suap semahu-mahunya. pakai tangan okay, bukan sudu. baru kasih sayang tu akan terasa...itu petua. pegang tu..enzim pun banyak...he, sains pulak...plus ERT.haha) dia dah tidur... moga dia tak lupa selalu mengucap dan selawat... insyaAllah...



aku ni bukan nak cari pasal dengan nurse, tapi part yang aku betul, betul jugalah. pagi-pagi tadi, masa nak daftarkan atok kat kecemasan, nurse yang sekor sorang tu buat derk je. control lawa kat kaunter...aku baik punya mintakan wheelchair untuk atok. fyi, atok aku tak boleh bangun apa dah. even makan pun kena suap sambil tidur. mandi apatah lagi, kena berusung bagai. so, kat hospital, baiklah letakkan atas wheelchair, dari usung-usung macam tu kan. jauh pula tu nak masuk dalam...kan?



tapi, akak nurse dekat kaunter tu (dia pakai kurung je...aku tak tahu dia status apa kt situ) lah yang melayan bagai... dah lah pregnant. tak sampai hati pula aku tengok. wheelchair dah habis, musing ketam (pusing-pusing. cakap terengganu.he), nurse tu cari. sudahnya...ada dua lagi nurse yang agak baik hati, dapatkan pengusung (aku tak tahu nak panggil apa wehh benda tu). masa tu baru boleh masukkan atok ke dalam.



dan nurse yang perasan lawa tu masih duduk menggediks kat kaunter macam tu. aduhh.... (ni berkait dengan tension melampau masa kerja jugak ke? kalau ye, aku rasa better nurse-nurse yang perlu jumpa psikiatri secara tersusun...hehe. bukan apa, harus belajar cara menangani stress. karang, tak pasal-pasal ada pesakit yang mati cepat sebab nures duk layan stress dia, dan taknak lagi layan pesakit, betul tak?)



sebab mana-mana kerja pun penat.. .sangat penat. aku tengok kalau cikgu yang dah mengajar kat sekolah hari tu kan, nak layan pelajar lagi (pelajar kurang asam, terlebih asam, tersangat bijak, semua ada), kerenah pentadbir lagi (yang suka cari salah segala tu..matilah), kerja-kerja pengkeranian lagi (buat resit itu ini, register lah apa lah), buat rancangan mengajar lagi (yang ni, mahu pengsan.haha), tanda buku pelajar lagi (kalau karangan macam budak-budak aku yang semua masuk..myspace, friendster tu, online tu lagi lah parah)..macam-macam kerja ada yang nak buat..hehe, macam astro.ha....



kalau kakak sepupu aku bengang tak payah cakaplah dengan nurse... masuk hospital memang gaduhnya dengan nurse (tapi yang baik, sangat baik weh...tadi nurse yang cucuk atok, baik sungguh, rasa nak kiss kiss je...haha. dahlah cun...he. tu kakak sepupu aku tak nafi juga), tapi sesetengahnya..pesen macam yang kat kaunter tu lah. apa kehalnya nak masam-masam, jeling-jeling tengok aku...



rasanya aku pakai tak macam alien pun, bahasa aku pakai pun mudah dan tertib je...(mungkin sebab aku orang kampung, kau orang bandar, kot? atau kau cun sangat, bukan taraf kau cakap dengan aku, atau kau nurse, aku ni mungkin pada kau hanya kerja pasaraya dengan gaji RM450 sebulan, ek?)


tapi tang kau putih dan aku ni hitam..itu memang betul. sebab tu kau jdi nurse, dan aku jadi cikgu je...:)


memang tak boleh blah. nasib kau cun...haha. tapi bagi aku, walau setinggi manapun kau rasa kerjaya kau tu, kau harus ingat, ada lagi kerjaya yang lebih tinggi. kalau kau rasa kau punya gaji besarrrrrrr sangat-sangat, kau harus ingat banyak lagi kerja yang gaji dia lebih besar dari kau... okay?


itu satu. yang satu lagi...yang jeliknya... aku ni memang tak reti nak pandai-pandai kalau first time. jadi, mula-mula tu tak ada kerusi kat tempat atok. so macam mana aku nak duduk, jadi, aku pergi minta dengan nurse yang kat wad tulah...


aku:"nurse, boleh mintak kerusi tak satu.(ayat gebu-gebu je.hehe.tapi, walewerhh..cakap KL. tak boleh blah betul..woii, kau kat kemaman lah...haha. tersashul okay? 1 Amal, sila gelak..he)


nurse tu pun pandang sana-sini, dengan muka cuak,


nurse:"ha..awak tengoklah kat mana-mana yang ada dua kerusi tu..ambik jelah..."


woiii, kau kerja makan gaji buta ke? aku bukan minta kau bawakan kerusi tu untuk aku pun. tapi sekurang-kurangnya cakap pandanglah aku ni dan bagilah senyuman kepada senyuman aku yang sikit punya lawa ni... kalau kau ambilkan kerusi tu untuk aku pun dan aku bawa sendiri ke tempat aku, itu kan lebih bagus...banyak sangat ke kerja kau, ha?


tapi tu aku tak kisah..yang penting, budi bicara tu....budi bahasa budaya kita, kan? aku, yang kes tadi (pasal cas tu)., aku tak kisah juga sebenarnya...aku tahu salah aku...tapi kalau kau cakap elok-elok dan cakap awal-awal kat bawah boleh je nak cas, tak apa je, aku faham okay? tapi aku ni, kalau orang cakap kasar-kasar dengan aku, lagi lah aku nak buat benda tu..sebab tu aku dengan student pun sama. better cakap elok-elok, kalau dia buat lagi, baru kau bagi hukuman pada dia, kan?)



pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja...so, jangan nak menuding jari ke mana-mana, tiap orang punya stress. ingat, kita je ada stress. yang kerja gaji RM450 pun ada stress okay? aku tahu lah..dulu keja apa akukalau tak buat. MCD? kedai baju? butik? kedai kain? he...aku buat okay? untuk bayar SPM, STPM aku. stress tak padan dengan gaji, tapi ada orang hairan? tak kan? sebab siapa aku masa tu? hanya seorang pekerja bawahan..dengan gaji RM450), bukan nurse... yang berseragam putih, cun, putih dan bergaji besar.. hehehehe..:)



pesan cik bulan:
sekalipun aku bakal guru...yang keluar nanti DG41, tapi tiada tinggi rendahnya kau dan aku...bagi aku, aku nak jadi cikgu, bukan sebab gaji, tapi sebab aku nak jadi cikgu...suka sangat jadi cikgu. insyaAllah...aku takkan sia-siakan cita-cita aku dari kecil ni...kalau sekarang ni aku macam cikgi je, jangan kau fikir aku macam ni juga 2,3 tahun lagi..atau bulan depan, okay?




kamu nurse, kalau baca ni..sekali lagi aku minta maaf...kalau terkena, sila baiki diri, jika tak..senyum saja okay. mana yang betul, jadikan teladan...:) tak semua nurse macam tu-tak semua nurse kerek...dan tak semua nurse juga tak kerek.he.:)




okay, bateri dah full..aku nak online kat atas pulak...:)







5 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

eh..ape sengal ngat nurse tuh.msa abg sy saket dlu pon ad nurse yg baik ngn x.myb sy ni msa tu bru 15 thn bole treat sy suke2 jela kot.ehat so fish la nurse tuh.lain kali bw telur cik bulan.kasi pecah ats muka dia.hahhaa

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

adakah hari nie entri nurse2 sedunia???
hahahaha...
=)

ardinihumaira said...

kebanyakannya memang cemtu, pia... dni tak paham gak nape la diorang bersikap cemtu. yang masa adik dni masuk wad, dni ni kan sedaya upaya nak hiburkan adik dni. bawak toy la kan bese la budak2.. di marah2nya nurse tu cakap merbahayakan budak sakit. mana ada... dapat toy tu sengihhhhhhhhhhhh tak putus2 sebab hepi. bukan dia main pon. dia pegang je tengok2.. sebab boring kan kat wad... dah tak bagi main toy... pastu memang dasar suka ambik gambo kan... nak la ambik gambo adik dni.. dia marah2.. ala cakap elok2 la tak pe kita tak pekak, kan... huhu.. tu la kes dni ngan nurse.. dat y malas nak p hospital. sakit atyyy... besenye yang lawa2 tu tak garang. tatau nape.

Peri PiA said...

ape guna peringatan yg terletak kat meja mereka?
tegur saya jika
-tidak senyum
-tidak mengucapakan salam
-tidak ucap terima kasih

haiii lah,daku kat pejabat penuh kroni ni ingt x stress ??

cik paro said...

uish..
terasa seh..

xpela..
yg pntg kite dapat menilai seseorang tu melalui riak muka dia..
ok lah tu..
kite pun selalu kena marah nurse yg grg2,,
biase la tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)