Jan 25, 2010

uplifting lives...wow!!!


uplifting lives!



itu Tag CNI yg terbaru...bersesuaian dengan penjenamaan minuman UP, untuk hidup yang lebih bahagia dan teruja!sekarang, hidup saya juga begitu...walau penuh dengan liku-likunya, tapi saya bahagia.semakin hari, berasa semakin teruja.kenapa?saya pun tak pasti...tapi yang saya tahu,saya seronok dengan apa yang saya buat, dengan apa yang saya milki sekarang.bukan ingin dikatakan terlalu bahagia...tidak juga. kerana sememangnya sehingga hari ini masih membilang detik2 yang terluka.



akan tetapi..saya tetap berasa teruja dengan kehidupan hari ini.Apabila semakin banyak cabaran dan rintangan yang menduga, dan saya pula semakin berani untuk menerima dan berhadapan dengan semua itu, saya rasa semakin bersemangat.semakin kuat... semua itu merupakan halangan yang bukan biasa2, tetapi saya juga melihat ia sebagai satu keseronokan. Mr Gan Ah Seng, guru saya ketika GDS dulu pernah berkata, kita adalah apa yang kita fikirkan. jika kita fikirkan kita tidak boleh buat, pasti kita tidak boleh buat. tetapi, jika kita fikirkan sebaliknya, kitajuga akan berperilaku sebaliknya.




itulah sebabnya, pentingnya mind set. kerana...pemikiran akan melahirkan sikap, atau lebih tepat lagi, sikap lahir dari pemikiran kita. contohnya, jika kita berfikir bagusnya menderma, pasti kita juga akan bertindak dengan cara sedemikian.begitu juga jika kita fikirkan memang dah nasib aku, bodoh...maka, kita akan bertindak selalu bergantung kepada nasib sahaja. tidak berusaha membaik kebodohan diri kita.




oleh sebab itu, berfikir positiflah selalu, kerana apa sahaja dalam dunia ini sebenarnya adalah pilihan kita. jika kita fikirkan ia baik, memilih untuk mengambil yang baik2 sahaja, maka ia akan jadi baik, jika tidak, maka tidaklah. contohnya, jika kita fikirkan kesusahan itu perkara yang tidak baik, maka sampai bila-bila pun ia jadi sesuatu perkara yang tidak baik. tetapi, jika kita berfikir bahawa alangkah baiknya aku susah, kerana dengan kesusahan itu akhirnya menjadikan aku seorang yang gigih berusaha dan akhirnya berjaya...maka, perkara itu pastinya menjadi baik lah bukan???misalnya juga, kita boleh memilih untuk memuji sesuatu itu, tetapi kita lebih rela memilih untuk mengkritiknya sahaja...itu juga pilhan kita sendiri bukan??

itulah yang saya pelajari dari guru...Mr.Gan Ah Seng.benar kata teman2, bila pulang dari kursus itu..saya pasti rindu akan dia!pasti!

pesanku;
teman-temanku sekalian...janganlah melihat sesuatu itu dari sudut yang negatif sahaja. kerana seperti yang telah saya perkatakan, baik atau buruknya sesuatu terletak pada paradigma kita. berfikirlah sepositif2nya...kerana ia pastinya akan menjadi lebih baik...



wassalam...




pia:sekarang, saya sangat teruja untuk menyertai contest2 di alam maya ini..huhu.mungkin sebab makin teruja dengan hidup ini!tunggu, masih ada lagi contesten yang belum saya uploadkan..(T__T). jom masuk ramai2, nak? antara contest yg sedang berlansung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)