Jan 29, 2010

Contest Tiru Macam Saya




Salam.

Saya sertai contest lagi...kali ini contest anjuran Kak Lin dan suami sempena menyambut hari kelahiran anak sulong mereka yg ke-3. bukan berkaitan shawl atau modelling, tetapi batik@ sutera. hal ini juga berkaitan dengan blog niaga milik mereka, iaitu Walai Batikku. jadi contest ini merupakan salah satu platform untuk memperomosikan batik dan sutera Terengganu dan blog batiknya. tetapi, blog ini bukan sahaja tentang batik@sutera, tetapi juga tentang tudung. cantik-cantik dan agak eksklusif. begitu update sekali. hampir gila saya dibuatnya!.sesiapa yang berminat, boleh lah singgah ye ke blog tersebut...(klik sahaja pada link yg telah saya buatkan)

Nasib saya ada beberapa pasang batik sutera Terengganu. tapi kena upload satu gambar sahaja, jadi tak tahu mana yang lebih bersesuaian. selepas fikir punya fikir, jadi saya pilih saja baju kurung sutera batik berwarna merah jambu ini...gambar ini diambil beberapa hari lepas, di sekolah...hehe.masa saya sedang merayau-rayau melihat kawasan sekolah untuk ditulis dalam report ROS 2 saya nanti...



Sutera batik ini dibeli di Kemaman, Terengganu (my hometown) oleh seseorang yang saya sayang. oleh sebab itu, ia menjadi baju kurung kegemaran kerana selain ia cantik, selesa apabila dipakai kerana materialnya sangat lembut dan berwarna pink yang merupakan warna kegemaran saya. oleh sebab itu lah, baju ini pastinya sangat memberi makna dan inspirasi kepada saya...jadi, saya sayang sangat2 baju ini! warna baju dan kainnya agak kontra walaupun masih dari kumpulan yang sama. sampai ada kawan2 yg tegur, "eh ko pakai baju silap padan ke dengan kain?"hehehe...tapi itulah, memang dah stail dia macam tu. kain dan baju berbeza warna latar, tapi kedua-duanya tetap kelihatan serasi. ia juga agak simple, tetapi selain corak bunga yang kelihatan itu, ia juga mempunyai corak bunga kecil-kecil yang ditekap timbul pada permukaan material.huhu, itulah, baju kurung batik sutera saya...=).


ok, sesiapa yg hendak menyertai, masih belum terlambat....sila ke blog walai batikku ok, untuk informasi lebih mengenai syarat2 pertandingan ini.klik sahaja di SINI...(rasa2nya saya telah menuruti segala syarat yang ditetapkan...InsyaAllah).
sekian...

6 comments:

Peri PiA said...

good luck syg...ctknyaaaa

ZHASLIN said...

SALAM...
semua dah ok..
tapi u guna follower nama ape ye?

ZHASLIN said...

hi again dah jumpa.. tq

ardinihumaira said...

good luck! :) nice photo... hehe

Eyriqazz said...

good luck...cantik...

soffya said...

salam...
terma kasih utk semua sokongan..
k.long, k.lin, ardinihumaira,eyriqazz...

ardinihumaira, good luck juga eh!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)