Dec 25, 2009

kadang di atas, kadang di bawah

salam...

awal muharram telah pun berlalu. tapi tahun 2009 tetap meninggalkan kesan yang bukan sedikit. malah, suka-dukanya begitu terasa. kadang-kadang, kita tak pernah menduga bahawa adanya satu saat yang kita akan melalui apa yang orang disekeliling kita lalui. seolah-olah, benar kata-kata "hari ni hari aku, esok hari kau" dan kata pujangga bahawa hidup bagaikan roda, hari ini kita di atas, hari esok kita mungkin di bawah... dan orang putih kata "what goes around comes around". walaupun kita taklah pula berasa seronok bila orang disekeliling kita ditimpa musibah atau sesuatu yang buruk. tetapi,pengalamn mereka adakalanya juga menjadi pengalaman kita. contohnya, lihat peristiwa di bawah ye;

17 November 2009- rumah sewa pia dimasuki pencuri. bolehlah dikatakan kerana kecuaian sendiri. teman pia lupa nk kunci pintu bilik dan pintu rumah. actually, dah banyak sangat kecurian berlaku di sekitar UPSI ni sebelum ini. pia sangat kasihan pada kawan2 yang kehilangan ladtop, handset dan barang2 berharga yang lain. tapi, kebanyakkannya ladtop lah yang hilang. sebab tu, pia sangat berjaga-jaga. pia memang agak pelupa, tapi bab2 kunci pintu bilik ni sangat berjaga2. kalau kunci pintu bilik, tak kunci pintu rumah tak apa, atau kunci pintu rumah tak kunci pintu bilik...tapi itulah kan, bukan rezeki. Allah menduga iman kita dengan pelbagai cara. pia hilang handset 2 biji. hehe. satu yang biasa, satu express music 5310 i. Allah tahu pia ni sangat sayangkan gambar. sangat2 sayang. sampai 5310 i tu pia guna untuk save gambar je..hehe.(kebetulan, dapat hadiah telefon baru pada birthday 31 okt hari tu). pia memang frust gila. sebab, hanset tu pia beli sendiri. first pakai hanset kamera dan paling bengang, banyak lagi gambar yang tak sempat save dalam ladtop. see, pia takde dah banyak sangat gambar skrg kn...kt fs, fb.banyak gambar lama...hehe. biasalah, Allah akan menguji kita dengan perkara yang kita sayang...dan pia redha. yati hilang ladtop dan beg berisi buku seni yang nilanya RM150 (buku perpustakaan UPSI) dan mila hilang duit RM100...Kesian yati. hilang ladtop. barang yang sangat2 berharga. selain nilainya, tetapi barang2 dalam ldtp tu yang penting sangat untuk yati.pia dan kawan2 yang lain usaha gila2 untuk dapatkan semula. mana tahu, usaha diperkenankan Allah. solat istikharah, solat hajat dibuat dari masa ke masa. akhirnya, kami buat repot polis sebab perlukan rujukan untuk pihak perpustakaan...tapi, sampai sekarang pun tak ada apa2 hasil. takpelah, Allah maha tahu...berserahlah. kerana, kami dah berusaha dan bertawakkal..

itu cerita bila kita di bawah...
ini cerita bila kita di atas....
awal bulan 12- pia terima mesej dari yati. berita gembira. lukisan yang dia hantar pertandingan di Penang, menang tempat kedua. ya Allah...syukur! siapa duga semua ini bakal terjadi kan? RM3000 telah dibolotinya...tahniah3, teman!

.yati.pia.mila...ketika di puncak genting.main2 dan main.
yati yang always gila-gila dan happy orangnya...benar2 saya melihat dia ketika musibah berlaku sangat runsing dan hilang tawa...


pia: semalam kita di bawah, hari ini mungkin kita di atas. kuasa Allah, tiada siapa yang tahu. kepahitan itu Dia gantikan dengan bahagia. tetapi, jarang yang nampak keagungan Allah bila derita, tetapi bila bahagia barulah terasa nikmatnya. manusia yang lupa... jauhkanlah! alhmdulillah, ketika dalam musibah, kami bersama-sama...pia, mila dan yati. dan bila sudah di atas pula, masih bersama-sama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)