apa nak jadi, taip kemain panjang entry, lepas tu draftkan balik. hahaih, takde confidence nak publish pulak rasanya. melalut macam biasa, kemain terer. panjang cecah lantai, memang taknak alah. tapi akhirnya, bila baca balik, alamak poyonya saya tulis... jadi, baik simpankan aje dulu. peram. nanti kita edit dan publishkan la... apa susah, ye tak?
tadi kemain pergi sri gombak, berurut... urut apa, urut kaki pulak la... hari tu tangan kan... kat BB kemain mahal, RM20 for 30 minit, dahlah makin sakit pulak sudahnya. so, urut kat kakak sepupu kak anis ni lagi berbaloi la... sebab dia urut sedap (eh sedap? hahaks) tapinya, menahan sakit lah yop. yelah, kaki dah salah urat sebab hari tu masa main netball, kemain nak lompat kan. sudahnya jatuh dan tergeliat.
biasalah, tahun 2011 ni kemain asyik sakit je. tahun sakit sikit. sakit luaran dan dalaman #ini ayat makan dalam ni :P. takpe, tahun 2011 ni dah nak habis dah. hope tahun 2012 nanti akan lebih cerah berbanding tahun 2011 yang asyik mendung tak jadi #entahapehape.
p/s:
eh, ada dalam kamus dewan tak ni, perkataan kemain ni? ;P
1 comment:
perkataan menyengalkan saya hari ini: kemain- contoh ayat "kemain hepi aq ari nie" :P
Post a Comment