sekarang, bulan puasa. time ni lah time nak collect duit bebanyak agar raya nanti dapat raya sakan dan dapat bagi duet raya tak hengat kat budak-budak kat kampung nanti. sebab aku tahu, dorang mesti dah bersedia dengan ayat macam ni... kakngah dah jadi cekgu. takkan duit raya sehinggit jek?
tahun lepas dan tahun lepas, even belum kerja, aku dah start bagi duit raya wehhh. sebab masa tu aku dah ada business aku. kecik-kecik pun, raya dapat jugak joli sakan time tu. kuih raya, baju raya, dapat support family ha. untuk adik-adik sepupu yang rapat tuhh, aku bagi RM5 seorang dan yang jauh-jauh sikit, aku bagi RM2 seorang. itu tahun lepas dan tahun-tahun lepas punya. tahun ni...??? tak tahu lagi. tengah fening nak fikir. insyaAllah... moga rezeki ada untuk diberi kepada mereka seperti sebelum ini.... ;D
aku pulak belum ada anak saudara lagi pun. adik aku pulak dah kahwin. yang aku rapat sangat dengan 3 adik sepupu dalam entry ini... dorang ni memang dah siap berjanji dah, kalau cukup puasa, nak RM30. tak cukup, RM20. itu kalau dorang. so... pepaham sendiri lah. itu belum masuk bab kuih raya, makan raya, baju raya mak aku (dan aku ada 6 pasang baju raya tahun ni kau... hak hak. kau hado??? nanti nak tambah dress. ni duk tengah kira bayar upah baju kurung sahaja berapa nihh) dengan sepasang baru kurung yang baru aku rembat beberapa hari lepas dengan harga RM200. yang tu pakai siap. kira, bajet raya aku berapa tahun ni...? takpe, first time beraya sebagai pekerja tetap ;) kan, kan? apa ada hal ye dok? (tambah duit minyak kereta balik terengganu semua... hagak-hagak berapa lah kan... nasib kakitangan kerajaan dapat bonus separuh bulan. syukur ;)...
jadi, untuk memenuhi semua keperluan nafsu tu, maka kena ah kerja keras sikit ye dop? takkan nak harapkan gaji jek memang ah makan megi aku naik cuti nanti. jadi, produktiviti aku memang kena ditingkatkan ke paras maksima. jadi, kau orang kalau nak suruh aku jadi anak yang disayangi keluarga, maka tolong ah beli tudung-tudung aku tuhh, kat SOFFYA ESHOPE meyh. murahhh sesangat. semua harga RAYA jek. tau ;D
dan disebabkan itu jugak ah, bilik aku ni dah tak macam serupa bilik sebab menampung bebanan tudung dan shawl yang melambak-lambak, akibat kerja photography. selalu aku humban jek kat luar bilik. letak dalam kotak. tapi ni... tidur pun dengan tudung. (konon-konon ayat bajet best ;P)
dalam masa yang sama jugak, kerja perguruan aku tak diabaikan. nak key in markah lagi. nak tanda buku lagi. jadi, bilik aku jugak dipenuhi bebuku yang berlambak-lambak. mana taknya, aku memang suka benar tanda buku kat rumah. kakak angkat aku pesan, nanti ada laki jangan bawak balik kerja kat rumah. tapi aku pesan kat diri aku balik, nanti kalau ada laki, bawak balik buku kat rumah, biar dia yang tanda.kalau tak suruh tidur luar jek. hehh, awak senyum tak? ;)
jadi, time ni aku memang tak cukup rehat. kejar masa dan kerja. tidur ala-ala 3, 4 jam sehari tu macam biasalahkan... nak keluar jumpa kawan-kawan lagi... inilah hidup. banyak kepentingan sendiri nak dijaga, sama banyak dengan hati orang yang nak dijaga juga -___=. takpe, asal kita tahu apa yang kita buat. asal diri kita mahu dan menerima... kan?
kalau asyik nak senang, mana nak berjaya, ye dak?
T______T
No comments:
Post a Comment