Jul 22, 2011

saya harap awak tahu saya still sayangkan awak...

Saja ah gatal nak like page  Saya harap awak tau saya still sayangkan awak ni. lepas tu admin dia banyak pulak kata-kata yang dia tulis kat page tu yang aku like. tapi tak rajin nak like-like pulak kat situ. karang macam meroyan sangat namanya. so, aku ambik dan tempek kat sini jek ah. sharing is caring...ye dak?  

Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang... Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan... Pesan pada hati, jangan di kenang-kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..

Setulus manapun cinta kita pada seseorang.... kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita... berdoalah agar dapat jodoh yang baik-baik... pengakhiran cinta yang sedih mungkin ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu apa yang ALLAH akan berikan pada kita nanti...(~_^)
 
Bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri. bangkitlah dan mulakan cinta baru... kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti... usah mengharap pada yang tak pasti... usah merayu pada yang tak sudi... cinta pertama tak semestinya yang terbaik... setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri... janganlah terus terikat pada yang sudah pergi... semangat-semangat...life must go on...:)
 
Kredit untuk admin. dalam hati ada taman pesen dia nihh. huahuahua. Tapi kan, apasal aku rasa kata-kata yang dia bagi tu macam sedih-sedih jek semua... dah sendu dah aku nihh. muahaha.

1 comment:

-k- said...

yla,say komen,'seketul dua' j...t.kasih...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)