Feb 1, 2011

Penuhi masa cuti dengan aktiviti BERNIAGA. best tau?

budak cuti, awak pun cuti. so, sepanjang cuti ni, tak ada sangat benda nak buat, selain mengupdate business sendiri. ohh ye, business online masih tak berupdate ye, sebab kat kampung atok ni memang server tak okey, so malas lagi nak buat apa-apa. yang diuruskan sekarang, ialah business offline.


balik kampung, jumpa customer makcik-makcik pembeli setia nihhh... kutip hutang, ambil order dan sebagainya. mungkin ada yang tak tahu, selain business tudung, pia buat juga business MLM CNI dan lain-lain. bila sebut lain-lain, malas ah nak cerita, karang banyak sangat pulak cerita.


so, sesiapa yang berminat, nak tambah pendapatan, silalah contact pia ye kat emel... soffya86@gmail.com. sebut saja awak nak business apa, single, multilevel, insyaAllah... pia ada caranya. pakai modal tak pakai modal, pia boleh tolong. cuma, bukan business cepat kaya, duduk diam-diam dapat duit (5D) tu bukan cara saya :)


ohh ye dalam hidup ni... bukan senang nak senang. nak susah, tak pulak susah. ye, mungkin sekarang pia dah ada kerjaya tetap, gaji permulaan ni 2K+++. untuk diri sendiri memang cukup, tapi sebagai anak yang diharapkan dalam keluarga, memang tak cukup. so, dengan berbusiness sahaja, insyaAllah dapat membantu penuhi impian keluarga, nak tolong mak, adik beradik ye dak...


dalam perniagaan jugak, tak semestinya awak akan naik sepanjang masa. mungkin minggu ni awak dapat 1K seminggu, tapi minggu depan mungkin RM200 atau mungkin tak ada. itu namanya rezeki atau mungkin juga awak kurang berusaha. sama dengan pia... ada jatuh bangunnya. contohnya CNI, ada masa pia tak buat. tapi diharap 2011 ini akan ada kebangkitan....


begitu jugak business tudung, ada masa tak sempat langsung nak update tudung kat fb, blog... tapi ada kawan-kawan offline yang sebelum ni awak dah promote bagai nak rak, datang membeli kat rumah. semuanya rezeki di atas usaha awak, ye dak?


dalam Islam pun menyebut, rezeki 9/10 darinya adalah dari perniagaan... tapi jangan pula mengharap durian runtuh sepanjang masa dan jangan pula cepat putus asa bila dugaan tiba ye. so apa tunggu lagi kawan-kawan?

2 comments:

YOURSCOMMENT said...

bagusnya dia..jarang dah dgr psl CNI nih..tp masih ade rupanya..

sokong org yg suka bniaga nih..

Peri PiA said...

ciayok3!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)