Alhamdulillah, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa telah berjaya membina sebuah masjid di Sungai Petani Kedah melalui Yayasan Nurjiwa milik mereka berdua. Masjid itu diberi nama Masjid Al-Khalidiah.
Masjid Al-Khalidiah dibina oleh Yayasan Nurjiwa dengan kos berjumlah RM1.7 juta dan pembinaannya bermula pada 2009 dan siap akhir tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896.
Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika dihubungi berkata, “Siti rasa teruja kerana impian untuk melihat masjid ini siap sepenuhnya menjadi kenyataan.
“Bagaimanapun paling menggembirakan Siti ia dilancarkan secara rasmi serentak pada hari kelahiran suami Siti yang jatuh pada hari ini,” katanya penyanyi popular itu yang turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di masjid itu malam kelmarin.
Khalid yang ditemui selepas majlis itu berkata, “sewaktu masih kecil dulu, saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan berjaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah semua hasrat itu dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap ia dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat kampung.
“Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini. Memandangkan maksud dia juga indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid ini,” katanya.-b.harian online
Masjid Al-Khalidiah telah dirasmikan pada 19 Febuari 2011 oleh DYMM Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Muad'zam Syah
[gambar]
semoga yang terbaik mengiringi kedua-dua pasangan ini....
dan semoga hasrat mereka untuk memiliki cahaya mata diperkenankan Allah....amin....
4 comments:
al-hamdulillah...murah rezeki siti nurhaliza dan suaminya.
kina suka tgk siti pakai tudung penuh dari tudung nampak jambul. so sweet!
siti mmg cantik tnpa make up :)
besar pahala dorg dpt buat masjid kan.. :)
hai hai hai..kite pnjm gmbr er.buat entry ni kt blog kite jugak n dah link ke sini ;0
Wah.. Masjidnye kt SP ek? MM kt Alor Star je. Blh la gi lawat ujg mggu ni (^.^) Thanks Dato' Siti n Dato' K sbb sedekah masjid pd warga Kedah. Smoga kebaikan dr masjid tu pahalanya dpt pd Dato'2 ye..
Post a Comment