Jan 29, 2011

Meskipun NORA DANISH semakin hot, tapi itu tak ada kaitan dengan perpisahan JEJAI & FASHA SANDHA. okeh?

[sumber:beautifulnara]



ramai yang terkejut beruk kan bila dengar berita ni. macam tak percaya, antara logik tak logik je kan... tetapi, berita itu ternyata benar. tetapi, apa yang pasti jangan sesekali kaitkan nora danish dalam isu ini. dia tidak berkait langsung dan itu telah disahkan oleh jejai sendiri. kata jejai;


“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.


so, kalaupun nora danish itu makin hot, meletup bagai semua, jangan sok seh sok seh nak gebang benda yang tak betul. ye kekawan? fasha pun dah cakap, antara kami tak ada jodoh, so, kenapa pulak kita nak sibuk kan? dan, kata fasha lagi, dia tidak kisah....... .hermmmm....


mungkin saham fasha akan terus naik lagi? mungkin T___T. positif, positif =] apapun, sebagai peminat, didoakan fasha akan terus maju dan maju... ;)

4 comments:

Kamsiah yusoff said...

dah paus usung sana sini..dah puas tgk..ditinggalkan mcm tu ja..yg untungnya jejai...yg malunya pasha sendat tu...mcm tu la nora rasa bila pasha rampas suaminya dulu

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

donia artis...

Unknown said...

yeah..i love fasha sandha! ops..kui kui kui

A.s.t.i.n.a said...

Ooooo begituker alkhisahnyee meke Cikgu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)