kura-kura, awak demam ke...?
bila sebut demam kekura, teringat satu dialog filem P.Ramlee, Labu Labi yang encik M duk hafal.
"masa kau sakit mau
lengkuas betul lah encik M. saja nak bikin aku gelak saja. hari tu aku dapat GASTRIK lagi. kalau yang biasa-biasa, aku reti nak handle. tapi kalau yang sakit serupa hari tu, yang aku teringat, cuma hospital, meksi dan doktor dan injection. tapi masa tu kat KL dah, ada encik M sajalah yang melayan. dihantarnya aku ke private clinic. lepas tu, bila aku degil, melawan cakap, dia duk ulang ayat tu. tapi baru je dia nak cakap, aku dah gelak. hakhak.
itu kisah gastrik. yang aku ingat, dah banyak kali aku ke hospital sebab gastrik. nak kata tak makan, aku ni gemuk je. bolehlah lebih tepat kalau kata, aku ni suka makan mengarut dan tak ikut time. kadang-kadang aku makan macam pirana baru dapat jumpa daging orang, kadang-kadang lengah-lengahkan makan, dan kadang-kadang makan sikit sangat. yang aku ingat, pernah sekali aku masuk wad sebab orang rumah aku makan nasik, tapi aku makan meggi berkati-kati.
yang ni aku cuak gila... sebab lepas tu aku kena selalu jumpa pakar, dan buat apa tu, yang masukkan wayar dalam perut melalui mulut tu dan hujung wayar tu ada kamera. kira nak scan, apa ada dalam perut aku tu. mana tahu ada harta karun seketul dua. tapi malangnya tak ada. yang ada cuma usus, dan bintik-bintik merah gastrik tu. yang doc risaukan, aku ada ulser. tapi alhamdulillah, tak ada...
baik, cerita pasal demam kekura, sekarang aku dah baik dah... lepas kenduri kat kelang, terus balik kemaman. tapi demam pulak, aku agak sebab kerisauan. sebab balik-balik je, cari broadband tak jumpa. tahu kat mana? tertinggal kat kelang. nak tunggu maksu aku pos, hari ni, baru sampai. kasihan... tergendala kerja-kerja aku. nak pergi cc, tak larat. kalau tak, mahu je aku pergi cc. tu yang sebabkan hati aku gundah, sebab tak dapat sempurnakan janji-janji aku.
walaupun sebelum tu, kemain berjanji kat customer semua nak bagi confirmation dan reply order bila dah balik rumah dan chek barang, tapi tak dapatlah nak penuhi. sedangkan sebelum tu kemain berjanji jugak nak update inner dan shawl. tergendala busisess. bila fikir, tak ada rezeki nak masuk masa tu. dan fikir, semuanya kan dari Allah.
so, Allah dah tentukan, untuk masa sekian-sekian cik bulan ni sakit, dan masa tu jugak broadband tak ada... tu semua nak uji kesabaran dan sejauh mana kita ni redha dengan apa yang jadi... dan cari jalan macam mana nak penuhi janji-janji sesama manusia tu.
okeh, yang penting, aku bebas DENGGI. doc dah ucuk ambik darah aku sekati dan sahkan aku tak demam denggi. tapi malangnya, hari ni adik pulak berjangkit demam, batuk dan selesema aku nihh. apa nak buat, takdir Ilahi, ye dak? jadi, adik dapat MC dua hari. dan berita menggembirakan pulak, aku dah mula belajar kereta... doakan aku lulus secepat mungkin T_T
apapun, terima kasih jugak untuk salah seorang customer aku ni, sebab tolong bagitahu kipas-kipas soffya eshope yang ni tak sihat. sungguh tulus murni amat post yang dia buat ni. kalau orang baca ni, mesti orang ingat aku ni sakit berat je. grrr... =) . terima kasih jugak buat semua pengunjung yang datang membaca hingga terjaga trafik blog ni walaupun tak ada update. korang memang BEST!
tumbesaran cemerlang dengan 1x klik
pesan tahi bulan:
-rajin-rajin refresh masa masuk sini sebab tulisan dia lain sebenarnya.
-ohh saya mula suka header dan tempalte blog ni. kamu rasa okay tak?
4 comments:
hehehe..tulah pelik..akk senyap je..dmm rupanya..take care akkk
selamat kembali....
hahahaha...glemour jap wall tu....
sms baru tahu,huhu (T_T)
Post a Comment