May 3, 2010
Ben Ashaari begitu merendah diri | bukankah itu sifat mulia.
dengan tiba-tiba saya menulis tentang ini.dah lama saya perasan tentang itu...kalaupun saya terlepas entry beliau, akan ada masanya saya akan duduk dan godeh-godeh entry-entry yang terlepas.kadang-kadang, ikut sekali mengomen sebab ada pendapat sendiri.
ben ashaari...itu nama yang kian popular dalam arena berblog ni.lupakan sekejap red mummy, lupakan sekejap kennysia, hanis zalikha, cik epal atau sesiapa saja yang terlintas di kepala anda saat ni.lupakan.tumpukan kepada seorang insan bernama ben ashaari.
ya, begitu humble kata orang putih dan kata orang sawo matang, rendah diri.kadang-kadang saya mencari juga perkataan di entry beliau yang macam-macam ala diva ke...tapi setakat ni rasanya belum jumpa.dan selalunya dia akan cakap...dia tak bagus tapi dengan tiba-tiba dia berjaya dalam dunia berblog ni dalam masa 6 bulan saja.fuhhh...
mula-mula saya kenal ben ashaari, melalui program pencarian 100 wanita ben ashaari (maaf, kalau nama program tu tak begitu tepat)...siapa dia ni?aku ketinggalan kenal lelaki hebat ke?(haha..gila ayat tak boleh blah...).tapi rasanya tak terbuka pula blog atau fb beliau.tapi, entah apabila dini diterjah kot...baru saya tengok header dia kat situ dan mula masuk blog beliau.
ohh, ini insannya.ya...begitu humble.blog beliau...petuturan...dan segalanya.apatah lagi, bila beliau juga turut follow saya.wahhh...empunya blog beranking hebat follow saya juga?begitu juga kawan baik beliau, abg eqzal.semangat dan-dan tu juga saya.terasa hati kian berbunga-bunga.
kenapa dia follow blog ciput ini?kenapa?kalau tak kerana sikap rendah diri itu...betul tak?kadang-kadang, bila blogger yang entah siapa-siapa macam saya masuk k blog yang famous, komen-komen dan mengfollow, payahnya...nak dapat feedback dari tuan rumah.ye, saya memang selalu tegaskan, apabila berbuat semua tu mesti ikhlas...tapi, bukan saya mengharapkan pembalasan, tapi...
"oleh kerana kamu orang yang famous, yang berpengikut ribu-riban atau ratus-ratusan...adalah berharap sangat di hati untuk disinggahi kamu dan dinasihati sekelumit dua.ataupun sekadar mengucapkan, hye..terima kasih follow blog...bukankah kita anak-anak yang baru bertatih ini akan melompat sekaki dua apabila blogger famous datang menjengahi dan mengucapkan sepatah dua kata?"
seperti kata ariff.com....lebih kurang macam ni lah (nak cari entry ni kat blog ariff, tapi tak dapat masuk blog beliau hari ni.tak tahu kenapa)
"kalau pergi blog orang, follow apa yang boleh follow...komen apa yang boleh komen..dan aku pun juga cuba bantu mana yang boleh..nak-nak kalau pergi blog orang yang baru nak naik tengok ada 3, 4 kerat follower, follow lah..bagi ia semangat sikit... dan secara tak lansung budak tu akan teruja dan nak tahu siapa yang follow blog dia, sedara automatik nanti dia akan singgah balik"
ha, tak ke win-win situation?hari ni juga...akan saya praktikkan dengan sepenuh perasaan tips ini dan cara abang ben...saya tak tahu entah berapa ratuskah blog yang difollow...tapi akan terus mengfollow..dan follow...sekian, terima kasih:)
buat yang selalu tinggal komen, jejak, dan mengfollow dengan setia....terima kasih banyak-banyak!itulah perkataan yang tak ternilai harganya....untuk kesetiaan dan kesudian kamu semua... :)
p/s:maafkan jika ada yang terguris hati dan perasaan...dan andainya ada pendapat di sini yang tidak dipersetujui....:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sayang,ku ingin diterjah
btl,amalan mulia
tiba2 suke sgt tag line jgn biar aku membebel-lucu
bro ben ashaari mmg best..huhuhuhuhu..walaupn dia xkenal pon sy nie,tp sy ske baca entri2 dia..
betu tu sayang... akan ku follow mana yang termampu. tapi buat masa 3 minggu ni dni patut mohon maaf kepada pengfollow yang sudi mengfollow blog dni sebab siesly dni tak sempat take care benda2 tu sejak final exam menghampiri.. InsyaAllah after final exam kan dni tebus segala kekhilafan tika bz menerjah diri ni.. huhu.. nak berblog sebest2nya after final nanti. tapi jauh lagi perjalanan.. 20may nun baru free.. huhu..
encik ben memang best.. dni respect beliau.. pia pon boleh... selamat berjuang sayangku pia.. echech ayat cam wish kat gepren je kan. miahaha
terima kasih .. tak terkata apa bro .. sekali lagi .. terima kasih ...semoga kita sama sama sukses dalam bidang ni ...
Post a Comment