entry-entry ayng aku post 2, 3 hari ni (kecuali pasal nurse) semuanya yang dah ada dalam draft atau time aku balik rumah kejap, aku buatlah...atau aku auto publishkan. sebab kat hospital..tak mahu lagi curi-curi cas atau turun cas kat bawah... he :)
bateri badan aku pun dah semakin low. memang macam ni orang cakap, bila jaga orang di hospital, kita juga akan lemah, hilang selera makan. tapi korang, aku tak tahu lah pula. 3 hari kat sini, aku tak jamah makanan apa pun. asyik telan air je. tapi bila balik rumah.. barulah masak-masak dan makan sikit.
yelah..atok aku pun tak mahu makan, aku pun protes lah, tak makan juga..:) tak...memang tak ada selera. pengalaman aku 3 hari kat sini, jaga atok sangat berbeza dengan pengalaman yang lepas-lepas. apa tak nya..dulu atok lain. boleh lagi bangun, bercakap, gelak...walaupun tak boleh berjalan.
dia masih lagi dengar apa aku cakap dan gelakkan aku, plus buat lawak tak boleh blah. haha. ada satu tahun tu... rasanya masa aku umur 18 kot. dia masuk wad.
dia masuk wad sebab kencing manis dan darah tinggi, tinggi sangat. paksu akulah... bagi je apa atok nak makan. dah dia balik sekali-sekala, kan.. time tu raya puasa. mak nak makan apa, nak minum apa? ha, apa lagi... lemak lah atok. fuhh, makan tapai, minum air bergas tak beringat. sudahnya....
raya kedua, kami semua berkampung kat hospital.ha, ambik kau. bergilir-gilirlah jaga masa tu.. mula-mula makcik, mak, aku last tu adik. yang lawaknya...sempat lagi dia cakap...
'urm..hak jaga pulok, koho makin hari koho kecik..."haha (semakin ahri semakin kecil)
mana taknya... dari makcik aku yang besar, lepas tu mak aku besar juga tapi kecil sikit masa tu, aku yang kecil juga (haha, nak juga..nak juga) dan adik aku...lagilah kecil time tu.
lawak atok aku ni...nak-nak time dia sengih dan tunjuk gusi dia yang dia cakap gigi tu.
"ni...gigi aku ni" tunjuk pada gusi bila makcik aku cakap dia tak boleh makan keras-keras sebab tak ada gigi dah. dia cakap dia masih ada gigi dan tunjuk pada gusi. yelah dia mana ada gigi lagi dah...he :)
kali ni dia masuk wad lagi.tapi sanga berbeza keadaan dia. tak ada algi gelak tawa, bebelan, rungutan, senyuman.. dia cuma kelip-kelip je dan kadang-kadang cakap sepatah dua respons apa aku cakap. pagi tadi, dia makin teruk. bacaan kencing manis turun gila. 3.6mmol je, bayangkanlah!
dari kencing manis jadi kencing tawar (eh, ada ke? bayangannya macam tulah...) dai lesu tak bermaya. yelah, dia tak nak makan lansung, apa aku suap pun dia muntahkan balik. lepastu, buah pinggang dia rosak dah kan, tu yang badan dia tak buang racun-racun tu. akibatnya, dia lemah, tak lalu makan dan banyak tidur siang. itu satu lagi hal.
aku apa lagi... menangislah bila dia tak nak makan macam tu. weak sangat aku tengok dan tak berapa bagi respons pada aku. aku cuak dah. tak reti nak buat apa lagi. makanan apa yang aku tanya semua dia tak nak. sudahnya aku call makcik aku yang selalu jaga dia tu. makcik aku lagi lah.. sambung menangis (sebab tu time tenat-tenat macam ni jangan bagi aku jumpa dia.kalau kami bertentang mata, gamatlah...dia tak boleh tengok aku, mesti sedih punya...)
apatah lagi bila doktor pakar datang chek cakap mesti kena buat cuci buah pinggang tu...paling tidak, seminggu sekali.tu je jalan terakhir kalau tak kondisi dia akan makin teruk. fuhh, astagfirullahalzim... dia tebuk lubang dekat pusat kan korang untuk cuci tu kan?
doktor caka lagi...
"saya cakap pada awak jelah..awak bicanglah nanti dengan ahli keluarga awak yang lain..."
berpinar-pinar mata aku time tu. nurse yang baik sorang tu ajak aku tanya pengalaman pesakit lain yang pernah kena buat tu, aku pergilah tanya untuk kepastian. dia cakap mula-mula je sakit. lama-lam kalih lah..
terbayang wajah atok aku time tu...macam manalah dia nanti. segeralah ahli kelarga aku berkumpul petang tadi...time melawat, pukul satu penuhlah wad ni.... semua adik beradik emak ada kecuali yang duduk selayang dan Klang. tapi mereka dah on the way time tu...
kata mek, selaku anak perempuan sulong... berbincanglah kamu nanti anak lelaki...empat beradik. sebab tanggung jawab kamu semua besar...bincang bagaimana nak gilir-gilir menghantar, kosnya semualah...
pesan cik bulan :
kita sambung lagi ye...:)
7 comments:
sayang kita sebagai manusia kena usaha menagani masalah,ku doakan yg terbaik utk kesihatan atok..Amin
semoga semua nya akan kembali sedia kala..xoxo
tabah ye kamu
eh refill balik energy2 tu
nanti kamu yg jatuh sakit
tanggungjawab jaga orang tua tu sungguh besar kan... respect kamu! ^___^
Big Fish Moment with Pizza Hut
ku tunggu sambungan nyer
karangan berape patah nieh...
=)
cik soffya nk taw x?dlu sy jga abg sy ngn mak sy 2 bulan tnpa blik ke rumah.setiap mgu mkn bnda yg sama la kn.hahahah..da berat nk cebok dia nye berak kn..biasala org xleyh gerak kn msa tuh.puasa,raya sume kt hospital.smpai bulan raya pon abes still kt hospital.nasib baik msa tu sy cuti skolah.bru abes pmr.so..sbrla..ad hikmah sume nih
ohhhh.
baeklah cik bulan jaga atuk.
atuk saya pun skang nih di hospital.
semoga cepat sembuh(:
*singgah blog saya kalau rajin(:
Post a Comment