Nov 4, 2011

Sedapnya menipu

menipu tu mudah. seronok jugak kalau menipu tapi tak kena-kena. tak pecah-pecah. lagi seronok, kalau orang yang ditipu tak pernah berasa syak. atau orang yang ditipu berasa syak, tapi masih tak dapat memastikan penipuan itu...


tetapi, seronok ke kalau terus hidup dalam penipuan? berbulan-bulan atau bertahun-tahun menipu orang lain hanya untuk menjaga kepentingan diri sendiri? hingga menjadikan orang lain sebagai mangsa keadaan?


ingat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua... ye tak?


mungkin kita tak berasa sakit, kerana tak pernah ditipu. tapi andainya satu masa itu berlaku, barulah kita tahu sakitnya... bukan? teringat akan hal ini bila kawan bercerita tentang kawan lelakinya yang berkahwin tetapi masih mencari dirinya dalam diam, sedangkan isterinya sedang sarat mengandung. aduyaiii lelaki... #berkahwin dengan wanita itu kerana telah merosakkan wanita itu, lalu terpaksa meneruskan perhubungan dalam hati yang tidak bahagia. meskipun hati pada wanita lain...

1 comment:

Liyana said...

tipu pun dpt ape klu hidup sentiasa dlm ketakutan.. erm... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)