Aug 12, 2011

Kenapa tidak melepaskan sahaja?

Orang yang mengetahui tentang kisah ini pasti akan tertanya-tanya kenapa saya tidak saja mahu melepaskan semua ini, sedangkan saya masih ada pelangi yang sedia menanti.... sedangkan saya masih mampu memiliki yang jauh lebih baik dari itu...


bukan saya tidak mahu melepaskan. selalu mencuba. sebab saya pun mampu berfikir secara rasional tentang apa yang masih menanti. tetapi, ini soal hati. iye, kalau saya kat tempat orang pun, saya  akan mempersoalkan  "eh, kenapa dia tu masih nak stay dengan BF dia sedangkan bf dia kaki pukul?" "eh, kenapa kau nak lagi budak tu sedangkan dia punyalah perangai macam celaka?".


iye, sebab kita bercakap tentang benda sepatutnya dan tidak sepatutnya kan...? tapi kalau semua orang mampu berbuat seperti yang patut dan tidak patut tu, maka dalam dunia ni pasti tiada masalah kan...? tapi mampu ke kita...?


saya bukan bodoh. dan jugak bukan budak kecik. saya tahu mana yang baik dan buruk untuk saya... dan saya memaksa diri untuk menerima benda tu. saya yakinkan hati bahawa itulah yang sepatutnya saya buat dan berusaha, mencuba untuk buat. tetapi, banyak kali saya mencuba tetapi masih tak berjaya.


betapa ramai manusia yang penyayang. yang menasihati itu dan ini. dan betapa ramai manusia yang marah kerana melihat saya menyeksa diri. betapa ramai juga yang menghentam kerana pada pendapat mereka saya tak tahu untuk menilai... dan saya tahu, mereka semua betul dan saya tidak pernah menolak pendapat mereka, tetapi, tahu tak betapa banyak kali dah saya mencuba sehabis daya, faham tak, bila saya sebut, SEHABIS DAYA... malahan, bekeras hati dan segala-galanya saya buat, tapi masih keadaan akhirnya berbalik kepada yang asal, malah perasaan itu makin kuat?


hingga akhirnya, saya tidak mampu berkata-kata apa-apa lagi. sebab saya tahu saya berada di tempat yang salah. saya tidak berbuat apa yang mereka katakan BETUL. saya sekejap mempunyai semangat membara untuk memilih sesuatu yang lebih baik dan saya membuat mereka yakin, tetapi  sekejap kemudian, saya gagal. untuk itu, saya sedia menerima segala hentaman untuk sekian kalinya...


susah kan kalau benda tu sangat dekat di hati...? sukar benar nak melepaskan. apatah lagi, kalau kita sahaja yang mencuba, tetapi yang sebelah lagi tidak mahu. meskipun kadang-kadang, ia bukan sangat istimewa pada zahirnya. biasa-biasa sahaja. kadang-kadang juga diperli kerana memilih sesuatu yang sangat kontra. menjadi bahan jenaka teman-teman pula. tidak mengapa, hati ini tahu untuk menilai cantik atau manisnya ia.


insyaAllah, esok lusa mula dapat berpuasa seperti biasa. mahu bertrawikh. rindu. ingin mengajak dia sekali kalau boleh...

terima kasih buat yang sangat prihatin. malah mengkaji setiap entry saya. ohh bukan saya manusia yang sedang kesunyian. saya tidak sunyi. cuma saya dalam dilema. okeh?
 

1 comment:

Far8 budak baik said...

tu lah kn..mmg sangat susah kalau
dah syg mmg sanggup buat ape pun kn..
bf kaki pempuan ke..
sanggup kot mermadu..
ekekeke..pandai tak adik
berkata-kata..hahaha
klo syg ketut pun wangi..
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)