Jun 21, 2010

PageRank | nak tahu tak apa dia?

[sila chek PR blog anda di sini]

Check Page Rank of any web site pages instantly:



This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service


PageRank (PR) merupakan sesuatu yang dikejar-kejar oleh blogger selain Alexa dan Nuffnang. Aku dulu pun apa pun tak tahu pasal PR, tapi bila tengok orang sibuk kejar itu semua, seronok juga main kejar-kejar ni, kan?


Tak salah aku, PR akan diupdate pada waktu-waktu tertentu, tidak seperti Alexa yang boleh berubah setiap hari. contohnya, alexa bagi blog aku yang pada awalnya di kedudukan dua juta lebih pada dua minggu lepas, berubah setiap hari hingga sekarang berada di kedudukan satu juta lebih, tapi PR aku masih sama lagi dari mula-mula aku chek bulan 2 atau 3 tak silap aku, iaitu 1/10.



Mungkin google belum update. Mungkinlah (sekadar menyedapkan hati sendiri) dan tunggulah, kalau ia dah update.... mungkin juga PR aku berubah atau mungkin masih sama pada paras itu juga. 1 1/2 ke atau 2 ke, ye tak?



berjalan punya jalan dari satu blog ke satu blog serta baca blog di innit nuffnang, salah satu informasi aku jumpa dari blog musafir cyber ialah tentang apa itu PR. katanya:


"Pagerank adalah score dari Google mengenai tahap kepentingan sesebuah laman web dan ia dinilai dengan score dari 0 sampai 10. Matt Cutts menyatakan bahawa pagerank ditentukan oleh bilangan link yang ditujukan atau yang menghubungkan sesebuah laman web/blog.

jika banyak link yang ditujukan ke sesebuah laman web/blog menujukkan bahawa laman web/blog tersebut adalah penting dan mempunyai kepentingan yang tinggi. maka tinggi lah nilai pagerank laman web/blog tersebut. harus diingat bahawa bukan hanya faktor ini sahaja diambil kira, terdapat faktor lain"

(dipertik dan diubahsuaikan dari musafir cyber)


Untuk informasi lebih lanjut sila baca tentang PR di blog beliau dan untuk melihat sendiri PR blog anda, boleh masukkan URL di dalam kotak di atas atau pergi ke Google PageRank sendiri.



cik bulan:

apa yang perlu kita buat untuk jaga PageRank akan dikongsikan kemudian... apapun, terima kasih buat musafir cyber atas perkongsian ini. harap ia memberi maklumat kepada blogger-blogger baru terutamanya yang membaca blog cik bulan tentang apa itu PR. harap ia membantu naz, kak liza dan juga peri pia.


segala ilmu dan pengetahuan haru sdikongsi agar ia semakin berkembang dan saling memberi manfaat di antara satu sama lain...

6 comments:

Amy Abdul Rahman said...

Saya agak tak faham dengan PR tehee

Sheherazade said...

fhm sikit2,nge~

.::WaNiE::. said...

page rank saya 2

tp tak taula kalau dah berubah ni cek last week kot

huhuhu

shameel Iskandar said...

Trima aksioh atas perkongsian ilmu. Moga dapat kita sama2 manfaatkan.

ardinihumaira said...

dni sendiri masih samar2 lagi bab PR ni huuuuhu terenya pia

sugar2 kapas strawberry said...

ohh paham2 ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)