Jun 5, 2010

kau pergi jua... ye, aku percaya pasti ada hikmah disebaliknya.

Innalillahiwainnailaihirrojiunn...

Tanggal 31 Mei 2010, Khamis jam 10.10 am, satu-satunya atok yang tinggal, yang paling aku sayangi... Munah binti Halimah telah pergi menghadap Ilahi. Semoga dia aman di dalam perjalannya dan dirahmati Allah sentiasa. itu doaku... dalam ratibku... dalam sujudku...


Dialah atok yang aku jagai di hospital selama 5 hari 4 malam, yang telah aku bawa pulang ke rumah pada khamis, 27 Mei yang lepas, dan pada khamis seminggu selepas itu, aku iringi semula dia keluar dari pintu rumah untuk ke tempat persinggahannya sebelum menemui sang pencipta.


Sungguh besar kuasa Allah... yang mempunyai sebaik-baik perancangan. baru dua minggu aku bercuti dan menamatkan pengajianku di UPSI, baru minggu lepas rajin aku bercerita tentang dia di sini, baru beberapa hari lepas aku bergurau mengusiknya... menanyakan kenal atau tidak, siapa aku..... hari itu, dia pergi jua...


Atok pergi tanpa aku di sisi ketika aku sedang sibuk membelikan barangan keperluannya (aku ketika itu, transiti di rumah emak sekejap, selepas baru sampai di Kemaman jam 3.30 a.m, dari KL setelah menguruskan urusan itu...). tika tu aku dihubungi sepupu, kak Tie yang atok dah nak sampai masa dan aku bergegas mahu bertolak pulang tapi... dihubungi buat kali kedua, yang atok telah tiada...dengan aman sekali.


aku tenang tika mendengarkan khabar, kerana agakan itu telah bermain-main di hati. malahan, dah berhari-hari aku berpesan pada diri untuk bersiap dengan sebarang kemunkinan. ye, aku berjaya menghadapi dengan tabah. tapi bila minda mula bermain dengan kenangan, aku terusngkur juga.


apatah lagi apabila melihat makcik (adik emak yang paling rapat dan tinggal dengan atok) yang tersedu-sedu umpama anak kecil, aku lagi parah. aku kasihan dengannya.. dia dengan arwah umpama belangkas. aduhhh... pilunya hati.


makcik kini menjadi tanggungjawabku... sesungguhnya besar kuasa-Mu ya Allah... menjadikan ini setelah aku tamat pengajianku... aku harus berkira-kira di dalam setiap langkahku... harus merancang dengan sebaik-baiknya. dan kini, makcik keseorangan... (berusia 40-an, dan tidak pernah bersuami, tapi pekertinya sungguh mulia, kerana itu aku sayang dia sangat-sangat)


telah aku katakan sebelum ini, lima orang yang dipertanggungjawabkan di bahuku sedari aku kecil... emak, atok, makcik, abang dan adik. satu telah tiada... dan empat masih kugalas. insyaAllah, doakan semoga aku berjaya dan tidak lupa diri. doakan!



pesan cik bulan:

jika berkelapangan, sedekahkah atokku al fatihah... terima kasih...:) semalam tahlil arwah yang kedua, alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...


setiap yang hidup, pasti akan pergi... mari sama-sama ambil ikhtibar...

7 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

al-fatihah...

Rohani Hashim said...

cik bulan..sabar yer, setiap yg bernyawa pasti pergi...aperpon kita yg masih hidup sentiasa lah berdoa utk yg telah tiada...hanya itu yg mampu kita lakukan sekarang...

ardinihumaira said...

Al-Fatihah...
Takziah, sayang... kamu tabah orangnya.. Allah hanya menguji insan-insan yang tabah untuk mengharungi dugaan-dugaanNya.. moga Allahyarham Aman di sana,ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. amin..

Sheherazade said...

Al-Fatihah



:'(,ku tahu cik bulan tabah dgn ketentuan Yanhg Maha Esa

Anonymous said...

takziah..
semoga rohnya kembali dgn tenang disisi NYA..

aien said...

al-fatihah..

semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan org2 beiman.. amiin...

setiap yg hidup pasti akan mati...

Cik Akma said...

al-fatihahh. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)