Apr 6, 2010

teka-teki teka tekuk


pelajar ini tiada kaitan dengan cerita di dalam ini okay.sekadar hiasan sahaja.:)



tekuk okay.bukan tenuk atau beruk. (T_T)



semalam masuk kelas tingkatan dua.relief sahaja memandangkan kelas saya kosong hari ni.seperti biasa, walaupun relief dan bukan kelas saya, tapi saya memang tak boleh duduk diam.paling komang pun saya buat kuiz daripada membiarkan mereka dengan kerja masing-masing, lepas tu sembang memanjang entah apa-apa. buku je konon-kononnya ada atas meja, buat lawa.tapi hanya dipandang sepi.hehh




kalau kelas hujung-hujung, komang-komang pun saya panggillah mana-mana nama yang saya rasa fofular untuk bagi dua contoh kata kerja ke... dua contoh kata nama ke... dua contoh kata adjektif ke...lantaklah itu masa apa, tapi saya kan cikgu bahasa melayu. itupun terkokak-kokak nak bagi jawapan.maka, sempatlah saya berkhutbah seposen dua tentang pergolongan kata dalam bahasa Melayu ni.kurang-kurang pun daaptlah mereka ilmu sekupang dua.





kadang-kadang, kasihan...dah tingkatan dua masih tak tahu apa itu kata kerja, kata nama, kata sifat...takkanlah kata makan itu kata sifat? dan kenapa kata bangunan itu pangkalnya huruf kecil bukan huruf besar, itu pun tergaru-garu kepala yang tak gatal nak menjawabnya...ish ish ish...





yang kadang-kadang buat saya geram lagi ialah, engkau tu bukannya pandai sangat tapi bila cikgu terangkan kat engkau, engkau buat tak nak dengar, nak main-main. lepastu cikgu suruh terangkan balik, engkau ternganga-nganga.tunjuk gigi yang berterabur tu..hehh





dah tu pula bila cikgu suruh keluarkan buku teks, engkau keluarkan buku latihan, bila cikgu suruh keluarkan buku latihan, engkau keluarkan buku nota.hu..tak faham cikgu.cikgu yang cakap tak terang, atau kamu yang tak mendengar dengan baik, tu cikgu tak tahulah...dan bla, bla, bla...(cikgu membebel.kan cikgu ni kuat membebel.....tapi cikgu ni juga sporting tahap dewa, okay)






...ini cikgu yang sporting tahap dewa ni..hoho.bersama cikgu ros,dalam library...





jadi, sebab cikgu sporting, maka hari ni tidaklah mahu berkuiz-kuiz yang boleh menyebabkan pelajar ternganga-nganga tu.cikgu nak main tekak-teki je....releks-releks, santai-santai...cikgu pasti, sengal-sengal macam mana pun mereka, tak reti macam mana pun nak jawab sifir dua mahupun bagaimana melaka jatuh ke tangan portugis, pasti teka-teki boleh di jawab dengan dua kali sengih je....kan?




tapi saya ni bukan kaya teka-teki sangat...kalau kosa kata tu kayalah juga.huhu.maka, saya pun bagi teka-teki yang tak berapa nak cerdik untuk kelas yang agak cerdik bab-bak mengauta dan meloyar buruk ni...dua-dua teka-teki mereka boleh jawab da...tahu teka-tekinya apa?kalau kamu boleh jawab, kamu pun memang kategori bijak mengauta dan meloyar buruk ni...huhu




teka-tekinya berbunyi...




ini bukan ahmad pintu a.k.a ahmad albab...


1.pintu apakah yang 10 orang tolak pun tak terbuka-buka....??



cuba cari tingkat80 kat mana ye...??



2.Ali, dia naik KLCC sampai tingkat 80.lepastu, dia buka tingkat dan keluar ikut tingkat tu.tapi kenapa dia tak mati-mati....??




huhu..itu teka -teki saya.mak aihhh.....mereka boleh jawab juga akhirnya.huhu....kamu, boleh jawab tak?




lepastu, mereka pula yang berteki-teki pada saya.saya beli je...banyak pula tu.tunggu in next post eh..memang lawak gila ah.buat saya terkekek-kekek ketawa...:D. hu...kalau ikut kekalahan berteka-teki hari ni, memang banyak lah habis duit kalau bertaruh.sebab, 10 yang mereka jual,satu pun tak dapat jawab.give up jelah....:D




p/s:ada cadangan teka-teki yang boleh saya jual kepada mereka esok-esok atau minggu-minggu depan.ingin tebus kekalahan....hehh.cadangan itu amatlah dihargai...:)



p/s/s:itu kelas tingkatan dua, yang muridnya semua lelaki.sebab time KH.teka-tekinya okay je..tidak ada unsur-unsur lain..tapi, kelas tingkatan 1, pelajar perempuan saya..huhh, dasanyat teka-tekinya.pembayangnya.......buat saya malu sendiri.tak sangka!

14 comments:

Mr. Asada said...

hohoho~ paling suka berteka teki dlm kelas masa mengajar dlu.. menjana minda kreatif pelajr.. keke :P

tapi kdg2 loyar burok jugak..

try la tya soalan ni kat student cikgu :

"Salman dan Salbina baru saja mendapat cahaya mata kedua lalu di beri nama Salbiah. anak pertama d beri nama Saloma. kenapa anak kedua di beri nama Salbina?"

-jwpn : sbb anak kedua perempuan.
(ni budak2 la bg soalan.. uhh! kalah kat diorang dgn soalan ni. adey)

.::WaNiE::. said...

saya pandai jawab soalan periksa

tapi saya tak panndai main teka teki

lembab gitu

hahahah ..tapi suke baca sebab kadang2 jawapan bengong2 jek kita yang xleh pikir hahaha

NeenaAnuar said...

makkk aiii.. nak kene amik masa nak pikir apakah jawapan nyer nie! hehehe..

Sheherazade said...

DIMULAKKAN dgn miss u ;)

aduh kena perah otak,adeh2...

kisahremaja said...

teka teki.... kena panjang akal baru leh layan....

soffya cik bulan said...

asada Ryutaro,
wah3...susah nak taip nama kamu alh...tapi tkpe, ttp popular, kan?

hehe..ku cuba nnti.thnks bgi tips sikit..:)

soffya cik bulan said...

asada Ryutaro,
wah3...susah nak taip nama kamu alh...tapi tkpe, ttp popular, kan?

hehe..ku cuba nnti.thnks bgi tips sikit..:)

soffya cik bulan said...

wanie,
aah...kita otak logik, kan?jadi, gila buku lah...:)

soffya cik bulan said...

neena anuar,
dah....daat belum yg eh?

soffya cik bulan said...

peri pia, sama...
hug u...:)

sis, what problem in the opis..??

sis, dont be stress, okay?

Nadiene said...

wah cikgu, men teka teki pulok dia ea,, hohoh

soffya cik bulan said...

fid,
iye..kdg2 sesuatu perlu utk merehatkan minda dan meransang pengautaan...haha

Hafiz Yusof said...

teringin nk jadi cikgu..leh layan bebudak

soffya cik bulan said...

embun,
huhu..teringnkah..jom tukar...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)