Apr 18, 2010

catatan untuk kamu....masih ingatkah?

Kamu..
ingat tak bila kumerajuk sebab kamu terlalu obses dengan bola dan kuterabai kerana kamu suka sangat melepak kedai mamak menonton bola dan menghadkan masa untuk kita bersama, terutamanya bila Chelsea beraksi, kamu pun dalam berat hati sanggup meninggalkan sesuatu yang amat kamu cintai itu. sesuatu yang telah kamu minati selama bertahun-tahun tanpa batasan dan had, sesuatu yang menjadi jiwa kamu itu dari kecil hingga dewasa hanya kerana tidak mahu kumerajuk lagi, tidak mahu ku rasa terabai dan tidak mahu ku rasa kamu tidak mencintai aku dan kerana kamu tidak mahu ku berkata… kamu makan bola, tidur bola, mandi bola…??kamu, masih ingatkah?





Kamu…
masih ingatkah bila kuminta kad raya…pada suatu tahun hari raya yang kita pertama kali lalui bersama-sama, kamu tergelak besar dan berkata kepadaku jangan mengarut.kamu tidak pernah memberi kad raya dan tidak pernah menerimanya.itu tika usia kita 21 tahun.ye, ku percaya kamu memang tidak pernah menerima kad raya.yelah, siapa mahu memberi padamu jika kamu tidak punyai taman dalam hati?paling tidak pun kamu akan gelak besar, koyak atau buang saja kad itu..atau kamu abaikan saja tanpa membacanya.kamu juga geli hati kerana berasa aku telah meminta sesuatu yang tidak pernah kamu kerjakan seumur hidupmu..dan kamu juga menekankan kepadaku bahawa kamu bukan lelaki yang begitu, yang punya hati dalam taman.ku terkedu tika itu..tapi dalam hati bertegas ingin menerima semua tentangmu dan tidak akan sesekali akan mengubah mana-mana bahagian hidupmu.lalu…ku bertekad, ingin membuat kamu rasa sesuatu yang tidak pernah kamu rasai…ku belikan satu kad hari raya yang paling sempoi dan kutulis kata-kata yang cukup sempoi…hu.dan melalui teman kukirimkan.huhhh.tidak kusangka…kamu, yang ternyata tidak punya taman dalam hati, berasa begitu tersentuh dan terharu.kamu nyatakan kepadaku, itulah kali pertama menerima kad hari raya dan itulah pertama kali merasakan perasaan itu.kamu ucapkan padaku, terima kasih!kamu, masih ingatkah lagi?




Kamu…
masih ingatkah bila pada suatu masa kita berbuka puasa bersama-sama…ku tidak makan udang dalam tomyam campur yang kamu pesan.kamu tanya kenapa tak makan?dengan muka kesian, kukatakan, ku tak makan sebab tak reti nak buang kulitnya dan dengan sengih dan ala-ala hensem nak mati kamu tu, kamu berkata…hehh, nak kita buangkanlah tu eh…??eeiii…ku terasa malu tapi memang itu pun yang kuharapkan.dan dengan penuh kasih sayang kamu kupaskan ia dan memberi ku makan dari tanganmu…saat itu, kumerasakan kasih sayangmu.sungguh terasa.dan kuberasa aman.sedikit selamat.malah, terasa ada satu insan yang berdiri di belakang untuk memayungi aku. Dan semenjak hari itu, mana-mana udang dari makanan apapun, dari kedai apapun, kamulah yang mengopekkan kulitnya…dan tahukah kamu, kamulah lelaki pertama yang melakukan itu untukku?dan tahukah kamu…bahawa aku bukan tak pandai sangat, tapi sebenarnya ingin bermanja-manja denganmu dan ingin melihat sejauh manakah romantiknya kamu, seorang lelaki yg tiada taman di hati. Dan ku dapat melihat itu…dari kedua-dua belah tanganmu yang besar dan sasa itu, ternyata ada cinta yang mengalir darinya….ku masih ingat semua itu.dan kamu…masih ingatkah lagi?




Tika kumenulis ini..ketahuilah betapa besarnya rinduku kepadamu dan andai masa boleh diputarkan semula…….:(






Nanti sambung lagi….:)




p/s:tanpa sedar menuliskan ini...pada 17 april 2010, jam 3.30 pagi setelah sampai di rumah maksu, kelang.(semuanya kerana kehadiran dia..yang kadangkala sikapnya persis kamu...)


p/s/s:kini ku kembali berblog semula dengan aman....salam dunia!rinduku bertaburan....:)

ku memperlihatkan kekuatan, supaya tidak dikatakan lemah
ku cuba membuang, kerana kamu telah memberi kelukaaan.

34 comments:

Sheherazade said...

kenapa ni syg? :'(

Nadiene said...

ayat mcm terkenang cinte lalu jek.

soffya cik bulan said...

peri pia,
ohh..modd jiwang tiba2 dtg melanda...:(

soffya cik bulan said...

fid,
sejarah cintaku yg lalu..oh hnyalah ujian bagiku...hohooh..

Sheherazade said...

no matter how,i believe ur a strong big girl

xoxo

hazman aka species1980 said...

hmmm.... kena sabar dalam memahami jiwa sang lelaki....

kisahsensasi said...

layan feeling nie sambil dengar lagu jiwang sure besh

kisahremaja said...

luahan hati kat blog pun idea yang bagus gak kan....

- said...

huhu...ku juga rinduuuu dia :(

Nadiene said...

hehehe, senang jek tue.Favicon namenye..

akak kena wat nie

1. pegi laman web nie http://www.favicon.cc/

2. Buat ape yg akak suke, senang je nak lukis gune benda tu.. kalu nak letak gambar pon boleh...

3. Dah siap then Save.

4. Akak upload picture favicon tadi dekat host, cthnya upload dalam image picasa (yg slalu kite upload utk image entry kite tu)

5. Copy url image favicon tadi. Right click kat image tu utk tahu url nye, biasenye "copy image location".

6. akak ikut next step kat sini . http://maribinablog.blogspot.com/2010/02/cara-mudah-tukar-icon-favicon-blog.html

7. Ikut step dia dari 1 sampai 3 saje ea.

8. then, Pegi edit html blog kite, tampal yg step no.7 tadi. Tampal lepas (/title)(/b:if)... Biasanye dekat bhgn atas2 je code ini..

9. save.

soffya cik bulan said...

peri pia,
ye...hnya teringatkan kngn yg dulu3...
long2 time ago..
cinta seorg lelaki berbadan tegap, berhati batu..
tp pernah mngis krnku...
sad but true...:(

soffya cik bulan said...

hazman aka species 1980,
hu...betul kata kamu
tp bila mahu faham, ia sudah terlambat..:(

soffya cik bulan said...

kisahsensei,
hu..lagi tgkp leleh..
siap kuar air mata air hidung nati.hu

soffya cik bulan said...

kisah remaja,
ye..betul tu.jom lah luah2..hoho

soffya cik bulan said...

cikgadis,
kamu mesti selalu rindu...:)
cinta sdg brbunga2...

soffya cik bulan said...

fid,hu..trm ksh..pnjg bnr ye lgkhny...
will try..:0

FaTiN said...

jiwang cikgu kite ni hihihi

Nazz@Purple said...

Salam kenal..=)

Oo..nak kene terjah jgk eh oleh BEN..ok bace entry ni..ikut cara2 ben gi tau tu..

BEN ASHAARI

hans said...

berjiwang2an dipagi yg sunyi nih

NUR AFIQAH BINTI ABU BAKAR said...

alahai..part kupas udang tu yang paling best

soffya cik bulan said...

fatin,
kdg2 jiwang tu perlu...huhu

soffya cik bulan said...

naza,
thnks!

soffya cik bulan said...

naza,
thnks!

soffya cik bulan said...

hans,
akhirnya singgah juga kamu kt sini eh...hohoho


:)

soffya cik bulan said...

iqafi,
hohoho....:)

penaberkala said...

uish,jiwang abes
romantik jugak part kupas udang tuh
tips yg menarik,haha

[s][u][e][h][a][n][n] said...

salam kenal cik bulan....

aduhhhhhhh amat tersentuh ngn luahan hati tu....

setuju ngn hazman.... :(

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

kenapa ni dik

pawaka19 said...

wow..puitisnye

soffya cik bulan said...

penaberkala,
amboii.smpt2 lg cari tips..hu

soffya cik bulan said...

suehann,
slm kenal juga...
:)


pawaka19,
berpuitis utk diri sendiri...:)

soffya cik bulan said...

crazybeautiful
tkde apa2 kak...kdg2 mengenang yg lama juga perlu krn ia sejarah
tp kaki harus ttp melangkah...:)

Hafiz Yusof said...

touching juga ini

soffya cik bulan said...

embun,
touching2 la konon...:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)