Apr 27, 2009

Yg manakah kamu, wahai LELAKI?

.Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki


.Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

.Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

.Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

.Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

.Lelaki yang punya pendirian.
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

.Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

.Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

.Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

.Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
.
.Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

.Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

.Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

.Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

.Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Satu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

.Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.


(credit to mr sagasama, http://blogsagasama.blogspot.com)

6 comments:

stingray said...

huhuhu
kalo perempuan lak caner...
ader plihan cm2 gak ker...
peace..

.GadisManis. said...

hehe..
dh tu awk lak yg kategori mne erk??
pempuan, nati nk carikn.
peace...(",)

kuSut said...

ah!!!aku sperti tiada dalam senarai...so sad...where am i???

.GadisManis. said...

xkn dlm byk senarai tu xde kot...
isk3
kne wt kajian lg nihh...hehe

ENCheK mOHD faRIs said...

wa adlh seorg lelaki y ad bellok kat dlm cni nih....haha..

.GadisManis. said...

seorg lelaki yg ada bellok??
tp msti ada sifat diyer ork???
pepon, welkam to my blog encik faris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)