Jan 10, 2011

AJL 25 | Menangis aku bila ANA RAFFALI menang


menangis kat sini boleh membawa dua definisi. menangis kerana gembira atau menangis kerana sedih melampau. jadi, baiklah korang fahami ia dengan definisi kedua. ohh peminat ana rafali, jangan salahkan aku tentang perasaan ini.


well, semua orang kalau pernah baca blog aku ni, bila tulis tentang artis, aku ni tak suka menghentam atau mengutuk bagai. kalau tak suka pun, berkadar sederhana aje sikap aku. malahan aku pernah menulis tentang ana rafali dalam entry tentang pengalaman kawan aku berDUET dengan ANA RAFFALI. dan dalam entry itu tiada satu kutukan pun buat ana, sebab aku memang feel biasa-biasa aje dengan dia. tak minat dan tak pulak benci.


tetapi, kemenangan semalam buat aku sentap semacam aje. what is going on juara lagu 25? argh. kalaupun  encik M saja menambah bara (bila tahu aku kurang support mesti dia beria nak support. saja nak cucuk angin), bila ana perform, dia melebih sengih. bila ana menang, wahhhhh, dia kutuk aku kemain. ni feel nak menangis datang. adehhh.


pertama kali kot aku tengok juara lagu dan tak berkenan dengan juara. sebelum ni rasa jugak macam tak setuju, yelah, biasalah kita kan ada minat artis tu ini dan kalau tak menang rasa macam yerk je kan, tetapi still boleh terima. tapi kali ni, cuak gila!


sebab masa aku tengok yuna nyanyi walau dia first, ni jantung aku ni dapat merasa sesuatu panahan. kalaupun sebelum ni aku tak hafal pun lagu tu... memang cinta yang sempurna betul. tapi masa ana nyanyi, patah-patah perkataan, butir-butirnya kurang jelas. adehhh, aku tak faham kenapa keputusan itu begitu.


so korang, macam mana pulak pendapat korang? tak kisahlah, kalau ini dilabel penulisan dengki ke apa, aku terima aje. tapi, betul aku cakap... ramai artis lain yang lagi da booom perfomance dorang dan lagu pulak ngetop habis. dan faizal tahir tu, aku pelik, kenapa dia tak menang. ish. performance mantap gila. gimik buat jantung aku berhenti kejap. kan?


kalau ini pertandingan yang bertema, alah dia dah selalu menang, bagilah kat orang lain pulak, apa kata kita tukar AJL jadi pertandingan AJL kesian aje, boleh? kalau itulah sebabnya.... banyak lagi cara nak selamatkan industri kita. ye dak?




 KEPUTUSAN PENUH AJL 25

Juara: Ana rafali (tolong ingatkan aku)
Naib Juara: Meet uncle hussin (drama king)
Tempat ke-3: Hafiz (noktah cinta)

Persembahan terbaik: faizal tahir (hanyut)
Vokal terbaik: hafiz (noktah cinta)


p/s:lagu tu memang sedap (kot), cuma agak tak layak untuk menjadi juara.

4 comments:

Yuyu Zulaikha said...

heheh.. yuyu suka keputusan tu :) ana rafali best apaaaa...

Nana Eddy said...

nana sangat suka lagu tolong ingatkan aku tu. tapi nana tak minat pown kat ana rafali tu..

pada pendapat na, Pemenang AJL bukan dipilih semata-mata untuk persembahan pada malam tu je. Na rasa dr dulu lagi persembahan tu cuma formaliti yang berbentuk hiburan bagi menarik penonton. Pengadilan mengambil kira susunan muzik, lagu dan lirik secara kesuluruhan. namapun "Juara Lagu" kan... Kalau ambik kira balik lagu tu sendiri (minus persembahan dia yang tak menjadi tu) tak hairan pun kalau dia boleh menang. lirik and music arrangement lagu tu mmg bagus pun. of cos, ni pendapat nana je.. ntah betul ntah tidak...

A.s.t.i.n.a said...

kan? kot yer pun nak menggalakkan komposer wat lagu genre baru jgnlah pakat hentam jer juara.. bagi saya yang penting lagu tu berkualiti.. tapi dah memang industri muzik kita terhad dan diadili oleh juri2 yang agak terhad juga kot... Neway, Tahniah Ana.. :) No heart tacin..

ch!natsu said...

haha agree..
but xpelah.. pasrah jerla..
dah rezeki dia.. oh2~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)