Jul 19, 2010

puji pun salah?

Mungkin aku dah sakitkan hati dia. mungkin. padahal bukan niat aku. sumpah, tak ada sikit pun... aku puji, memang ikhlas. dah memang muka dia kiut, jambu, macam awek, sweet dan sebagainya... bila aku tengok dalam mukabukulalinya dia siang tadi, dalam hati cakap;



wah, dia makin kiut. makin jambu. boleh tertukar-tukar dia ke yang 'girlfriend' dalam gambar dia dengan girlfriend yang aku tak tahulah girlfriend ke tak tu...



terus merajuk, nak letak telefon. entah, mungkin aku ada cakap yang menyakitkan hati, yang orang tak suka nak dengar. dia ni sensitif, macam aku juga (tapi sensitif lelaki lah) dulu, kami pernah menangis sama-sama (menitiskan air mata lah bro...), sebab sedih yang amat-amat.


bila ditanya, "kenapa awak tak terima saya?"
jawabku..."baik kita jadi kawan, bila jadi kawan, sampai mati pun kawan. tapi kalau couple, entah bila kita putus dan tak ada jodoh, kita hanya tinggal jadi musuh"


dia setuju. tapi aku suka lawak dia...bila dia kata, aku entah berapa kali putus cinta, tapi satu kali pun dia tak pernah dapat peluang tu....hurrm..... tak payahlah kawan, kau lebih dari itu dalam hati aku ni. nilai seorang kawan, lebih tinggi nilainya. kawan tak kan boleh kita campak-campak, ye tak? gaduh ke sakit hati ke, ada juga sebelah kita...



ye, dia lah lelaki yang pernah melawak nak tadah airmata pakai baldi kalau dengar aku bercerita sedih. hampeh dan cess punya kawan.



awak, 
saya minta maaf ye... mulut saya ni sedap juga kadang-kadang kalau mengutuk orang... maaf sangat-sangat, kalau saya cakap apa-apa yang buat awak kecil hati semalam...maaf, maaf :|



Notabulan:
Mungkin pujian aku agak melampau.....terlampau...???

3 comments:

fikaryna said...

org kata..cakap malam dengar2..huhu..

moha kawan 2 cepat sembuh hatinya..

Peri PiA said...

dia pernah sakiti kamu???

.::WaNiE::. said...

alahai

cepat2 pujuk

jangan putus asa

tak suke ilang kawan yg sweet mcm ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)