Dari malam ahad, DINGIN... tak ada banyak benda yang menggembirakan hati. Sudahnya, tidur agak awal dari biasa dengan air mata mengalir di pipi. Jam 3.47 a.m terkejut, cuci muka, cuci air mata...
Pagi ahad, bangun agak awal dari ahad-ahad yang biasa, sebab... tidur yang agak DINGIN, terasa tidak dibuai mimpi, mata tak berat, kepala banyak fikir, mahu cepat-cepat bangun.
Dari pagi...ke tengahari, sudahnya bawa ke petang, masih dingin. Encik M pun merebut hari ini untuk berehat, jadi tak punya bahan lawak untuk bergelak. masih DINGIN.
Kerana DINGIN, hati menggeliat riang, bila mendengar lagu wali band, emang dasar...seluruh badan ikut rentak. ya, harus senamrobik petang-petang gini. baru HANGAT.
Cuba berhangat-hangat. senamrobik sendiri... (ini aktiviti rutin). rasa perasan macam agnes monica sekejap dalam tak ada logika (reggae, macam spring badan.hakhak), lepas tu perasan shusmita sen dalam GORI-GORI main hoon na, lepas tu perasan lagi jadi mas idayu, gelek 90 darjah dalam 100% cintaku... hakhak (hidup sendiri, boleh perasan. kita buat, dan kita je yang tengok okay?)
Terasa hangat sekejap. peluh mentiki-nitik. rasa sihat. :) cari muzik lagu salsa yang biasa menari dengan cik arnab dulu-dulu, tapi tak jumpa...(eh sayang, lagu apa tu ye...baila, baila, baila...hu, akak hilang satu folder lagulah...geram.) eh, kejap, yang paling tak tahan ialah bila nak perasan jadi gadis putih comel lote dalam NOBODY, wonder girls.hakhak. (mesti anon gelak nak mati ni...)
lepas maghbrib, tertidur atau buat-buat tertidur pun tak tahulah... mandi, dan meneruskan malam yang masih DINGIN. sehingga mahu tidur pun masih DINGIN.... tapi ini dingin lain dari biasa, dingin ini mencucuk-cucuk ke hati. sedih.
encik M, boleh kasi hangat sikit tak?boleh bagi lawak seketul dua tak, nak gelak, boleh?
kalau diberi peluang, aku jadi orang kaya...aku tak pilih jalan ni........
Notabulan:
aku memang suka menari yang amat-amat. kalau orang lain dah slow down sebab penat pun, aku masih boleh gelek... hakhak. tak tahan kaki je bila menari tarian sumandak...eh,sumandak pula, melanau.hahaks. penat sikit...:P
berDINGIN sambil layan DINGIN Ziana Zain :)
4 comments:
kenapa dingin sgt. pkena kopi panas sket... :)
terkenang lagi ziana zain,DINGIN ;D
liza,
huhhh, mkin hot nnti. huuu
peri pia,
ziana ZINK. dia ckp :P
Post a Comment