Jun 26, 2010

suka follow blog orang, tak?


mungkin kalau kau perasan, aku dah memfollow 369 blog sepanjang aku berblog dari 2008 ni, iaitu jumlahnya melebihi dari orang yang memfollow aku sendiri iaitu 333 follower. mungkin pelik bagi sesetengah orang sebab kenapa kau follow lebih dari orang yang follow kau, sebab sesetengah orang akan 'pesan' untuk saling follow memfollow.



ye, itu bagus. dah dia follow kau, kau follow lah dia balik kan? tapi kalau kau follow blog gempak habis yang punya followe dah beribu-riban takkan dia follow kau punya kan? mesti dia akan memandang 'kualiti' sebelum dia follow kau balik, bukan macam kita yang follow atar rasa muhibbah dan penghargaan.



bab ni, aku minta maaf kalau cakap dan tersilap cakap. aku... mungkin agak tidak melihat siapa yang follow aku kecuali dia follow dan 'menghidupkan' blog aku... tapi aku memang suka follow blog orang. suka sangat. nak-nak bila tengok follower dia baru  saja beberapa saja kan. ye, aku faham perasaan dia. sebab aku pun bermula dari bawah juga, dari seorang dua...dari sebelas dua puluh, baru pergi seratus dan tiga ratus...ye, ambil masa yang lama...



kata orang, apa pentingnya follower? bagi aku penting. ia 'spirit'. yang mungkin hakikatnya kau tak nampak.kau ignorekan saja bila fikir pasal follower. tapi setidak-tidaknya bila dah ramai follower, kau akan rasa sedikit 'yakin' dan semakin 'yakin'. apatah lagi, dengan ramai followerlah trafik kau hidup, dengan ramai followerlah entry kau tak basi begitu saja. pasti ada yang komen, dan membebel...memberi response terhadap apa yang kau tulis.



ye, kerana kita pernah bermula dari bawah.... kita pasti tahu kan bagaimana susahnya untuk bangun. kerana kita bermula dari satu burfered (bagi yang ada nuff), makan kita tahu bagaimana perasaan sukanya bila seseorang dapat burfered. begitu juga kerana kita bermula dari tiada follower, hingga dah ada lima ratus, 2000 follower...maka kita tahu perasaan mereka yang kecil jumlah followernya...



maka, tidakkah kita ingin saling membahagiakan?susahkah menjadi follower? tak kan....sebab tu aku galakkan sangat, meskipun blog kau dah 'gah', sesekali tundukkanlah 'ego' kau.. salinglah bersokong-sokongan (ada ke kata ganda ni eh?) salinglah bantu membantu..blog kau hidup kerana dia, blog dia hidup kerana kau dan kita. :) best tak? best kan?



jadi, nasihat aku...kalau hari ni follower kau baru 30 orang tapi tahun depan, kau dah ada 2000 follower...mohon jangan lupa diri. sebab bagi aku, tak mustahil pun blog kita akan mencapai seramai follower itu...sebab semakin hari blog kita akan dikenali. bukan sebab bagus sangat atau tak, tapi sebab rangkaian dan sebab 'hubungan'. betul tak?



ingat, kita pernah bermula dari 0 follower...dan ada ramai yang sudi follow kita (bukan sebab kita bagus, api sebab sokong, bagi semangat), jadi dua tahun algi, bila blog dah semakin stabil, jangan lokek untuk berbuat yang sama. itu nasihat aku...


kalau kita tak mampu nak membantu pun, sekurang-kurangnya kita boleh membahagiakan...:) ye tak?



cik bulan:

hari ni away...baru je sempat terima komen, pergi mandi sungai. lepas tu balik, baru nak baca komen, teringin blogwalking... sekarang, baru sempat buat entry...ini je ideanya sebab tadi banyak betul follo orang...gembira :)


p/s:maaf kaalu ada mana-mana bahagian ini yang tidak disetujui dan kiranya menyakiti...tapi hakikatnya memang begitu.kalau tak setuju, katakan saja...

8 comments:

ardinihumaira said...

bagus tu pia ^__^

p/s: emosi pergi melancong maka malam ini dni kena pergi beli emosi kat 7 eleven hehehe ;p

Nina Nurziana said...

hehe.. btul!!!

sy jadi follower kamu yang ke 334 ;)

Zenghoong said...

330++ followers. Wow, that's amazing!

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Heee.. Samalah.. Saye follow atas muhibbah dan penghargaan.. Heehee.. =)

Yup.. Apa yang penting? Jangan lupa diri hidup dalam dunia blogging ni.. Selalu down to earth..

illafira said...

btl tue.. setuju sgt..

Sheherazade said...

InsyAllah :)..hargai sgt sape yg sudi follow

Zazachan said...

btul!!sy pn suke follow blog org..huhu~

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku pollow ko sebab aku suka bace penulisan ko...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)