Jun 23, 2010

Dia benar-benar marah! | hati saya juga sakit!



cerita tentang seorang sahabat baik. lelaki.
 
bila dia menunjukkan sifat mengambil beratnya, saya suka. kerana fikir, ohh, saya punyai kawan baik, yang pastinya menyayangi saya seperti seorang yang penting dalam hidupnya.


tapi bila dia mula terlalu mengambil berat, ohh apakah yang perlu saya jawab apabila ditanya dengan pelbagai soalan yang mungkin jawapannya akan melukakan hati?ohh, tersepit.


bila dia merajuk kerana saya dianggap melupakannya, ohh saya fikir kejamnya saya kerana membuat dia berasa begitu, sedangkan bila saya memerlukannya, ia selalu ada...


tapi bila dia mula merajuk apabila saya tak dapat meluangkan banyak waktu dengannya dan berfikir saya sudah punya teman baru, ohh apakah ucapan yang perlu saya lafaz agar ia fikir bahawa saya masih tetap seperti dulu.ohh, dilema!


bila dia marah-marah kerana ucapan saya yang mungkin tidak berbudi bahasa ketika cuba menerangkan kedudukan sebenar, ohh saya rasa serba-salah dan perlukah saya membetulkannya sedangkan niat asalnya tidak begitu?


tapi bila dia marah-marah hingga melafazkan kata-kata kesat pada saya yang tak pernah saya duga dan terima selama ini, saya sangat terkejut.sentap. apakah yang saya perlu lakukan sekarang, kerana hati saya juga sakit. ohh,begitu sakit!


ya, dia benar-benar marah, dan hati saya begitu sakit!


 tiba-tiba berasa rindukan saat ini....



cik bulan:

sudah tiga hari bff aku itu tidak hubungi aku lagi....benar-benar marahkah ia hingga menunjukkan protes yang sedemikian?

apakah benar lelaki dan wanita tidak boleh bersahabat baik? tapi encik M tak pernah mengekang hubungan kami....(sebab dia pun tak ingin saya mengekang dia lah tu...huhu)

6 comments:

mEMYselfandi said...

SABAR DEAR ((: BUT ONCE HATI KAWAN TERLUKA, SGT SUSAH MAU TERUBAT WOOO..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

memang xboleh bagi aku...

Anonymous said...

benar2 dlm dilema..

ardinihumaira said...

hm... agaknya dia tak sempat nak fikir apa2 la tu. duka dalam marah dalam runsing. dia sayang kat pia kot. hehe... pia cungkil la sket rahsia hati dia

Sheherazade said...

syg,beri mase...jgn jd mcm daku nati dia menjauh :(

haha En M :P

Byzura Mj (By) said...

bagi masa. tp jangan lupakan terus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)