Jun 25, 2010

cekodok monster!

monster puasa. gembira gila nak balik kampung dan nak balik kampung punya pasal, sanggup jalan kaki berpeluh-peluh sampai stesen keretapi. dari berhooray-hooray tengah jalan akhirnya termengah-mengah sebab dah banyak sangat jalan dan lapar. dah tu, jumpa kucing makan lah tengah jalan... terliur habis! dengan beg lagi nak kendong. mula-mula energy banyak lagi, okay lagi. sudahnya... energy dah makin berkurang, dahaga pun tahap gaban.



tapi, berkat kesabaran, sampai jugalah ke stesen keretapi tu. toing toing, kepala pusing!  hemm, nampak saja cekodok, tak bagi salam apa dah terus order beli. pusing kanan, pusing kiri....yang realiti semua jadi fantasi belaka. aiskrim besar kotak tv, ais batu campur besar kuali kenduri.... (ingin ketahui kesudahan cerita monster itu? ikuti rakaman video di bawah...ngee..)







hakhak. lawak tak? aku memang tak boleh tengok iklan ni... sampai the making dia pun lawak. anyway, tu adalah iklan arahan allahyarham Yasmin Ahmad. kata arwah, ia idea sepontan saja. tang paling lawak, aksi tak boleh blah masa nak beli cekodok tu...lepastu part tengok makanan jadi besar gabak, dan time dah tahu yang dia tersalah ambil orang punya. hakhak.


kalau kaulah, duduk tempat cekodok monster tu, apa kau buat? apa kau rasa? ngee...




cik bulan:


eh, kau perasan tak, iklan-iklan adibah noor mesti kelakar tahap naga, kan?  iklan bola bawah meja, iklan raya yang anak ramai tu... gempak habis...


kawan, raya dah dekat tau. jadi, sambutlah perayaan nanti dengan rasa persaudaraan... (cepat benar nak raya.hak hak)

3 comments:

Peri PiA said...

hak3....adibah noor memang terbaikk :P

ardinihumaira said...

memang best iklan tu, pia.. dni pon suka.. kalo tayang balik masa bulan puasa.. memang best! ;)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

adibah noor memang superb...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)