Jun 25, 2010

beberapa hari yang menyedihkan....;(

kalau baca ni jangan meluat ye, awal-awal lagi nak pesan ni... kawan, kalau kau tengok entry-entry aku beberapa hari ni memang okay saja, itu bukan tanda aku pun okay. kalau tengok aku senyum, memang aku senyum, tapi aku sedang dibebani dengan masalah yang berat.



aku bukanlah orang yang mudah akur dengan satu masalah.bukan. tapi bila masalah membabitkan salah faham, apatah lagi melibatkan orang lain, dan aku pula berada di tengah-tengah... di tolak ke tepi, aku ke kiri, di tolak ke tepi, aku ke kanan, itu yang buat aku tak sedap badan.



aku jenis yang bila dah 1001 perasaan datang, air mata memang tak keluar dah. tapi rasa kelu tak terkata. fikiran macam terhenti kejap. hitam saja. blank kata orang putih. maka time tu, aku mula lah nak cari orang nak tanya, kenapa, kenapa, kenapa sampai aku puas hati... dan kalau tak puas hati, maka akan terluahlah larva yang terpendam.



maaf, itu memang sikap buruk aku. nak-nak, kalau dari awal lagi aku dah epsan jangan, tapi kau baut juga dan akhirnya itu yang buat aku sakit kepala, memang silap besarlah tu. tunggulaah aku punya hentaman... tapi yang bestnya aku ialah, aku mudah sejuk... (kadang-kadang ada yang kata aku ni tak suka marah.hakhak,tanya ank murid aku lah bai...macam mana garangnya aku) tapi kalau kecil punya cerita, tak mahunya nak aku marah... nak-nak kalau orang yang jenis bila salah saja, minta maaf tu aku algi cepat sejuk.tak sampai ahti pula nak marah...)



apapun, kejadian ni sedikit-sebanyak menduga emosi aku, menganggu konsentrasi aku dalam pekerjaan. dah namanya ini bidang aku sekarang, kreatif itu perlu, tapi... entah, begini juga jadinya. belum lagi benar-benar menterujakan. ah, persetankan semua perasaan! aku cuba buat macam tu...tapi, bila lepas satu, satu, satu tak habis-habis... kalau kau, kau marah tak? nak-nak kau yang duduk tengah-tengah, nak perbaiki itu ini, tapi bilasatu-satu terjadi, orang semua shoot kau?kau cuak tak?




cik bulan:

pernah dulu satu masa...aku tersedar... bahawa "aku ni orang rupanya...". masa tu aku bangkit tapi aku jatuh lagi...sebab aku memilih unutk jatuh. tapi sekarang, aku memilih untuk bangun balik...mohon tiada perkara lagi yang membuat aku terfikir untuk jatuh semula... pahitnya membina kejayaan ialah bila kau cuba membina yang telah lama runtuh, ialah ada saja yang cuba menjatuhkan kau balik.mungkin bukan masalah duit, luaran, orang lain tapi permainan emosi kau sendiri, iaitu sesuatu kekuatan dalaman kau. fikirlah!

3 comments:

Anonymous said...

dlm setiap kelebihan,ade juga kelemahan..

kita harap cik gadis manis kuat hadapi mslhmu itu.

Wonderful Life with Mary Kay said...

check my latest entry on cool jumper contest.. camna cara betul nak taq, cik bulan?

sugar2 kapas strawberry said...

kak soffya..sabarla.

hdup mmg ad je mslh.kita cuba selesaikn selagi kita mmpu ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)