Jun 7, 2010

5 perkara | bila dah kat kampung, duduk rumah ramai-ramai mesti macam ni , kan? cuba chek!

1.Bunyi telefon yang pelbagai


Sekarang kan telefon pun canggih-canggih. Yang berbunyi pendek-pendek tu tak kisahlah, tapi kalau SMS yang panjang melebar yang selagi tak tekan, dia asyik melalak saja, tu yang bingit telinga.

Asal berbunyi saja, eh itu siapa punya? Cepat-cepat. Maklong punya lah… bunyi lagu macam tu. Eh, bukanlah… paksu lah kan…

Eh, jawab-jawab cepat… sekali, SMS dah… jika ini berlaku sila ambil telefon dan buang dalam longkang. Haha, keji betul, tapi aku tak buat eh.
  
  
2.Baju aku jadi baju kau, baju kau jadi baju aku.




Tapi yang selalu jadi mangsa, ialah baju tuan rumah. Kain batik dia, tuala dia, baju dia…nasib baik seluar dalam tak kongsi juga. Hehh. Kalau family aku, okay saja kongsi macam ni… (kecuali coli dan underware ye, kalau tupperware tak apa.huhu)

"Eh, macam kenal je..Aku rasa macam baju aku tu?" "He.. yelah, memang baju kau. Aku jumpa dalam bakul. Malas nak cari baju aku. Haha"

"Takpun, apasal baju kau besar je…" "he, aku pakai baju makcik lah! :D"


3.      3.  Makan harus ingat orang belakang, tapi siapa cepat dapat makan banyak.

"ala...takkan tinggal otak ikan dengan mata je..." "aah, tu je yang ada. dah kau lambat sangat...siapa suruh?"

Hati gajah sama dilapah, kan? Sebab dah ramai, mesti makan beringat-ingat. Karang yang belakang sekali, tinggal tulang ikan dengan kuah sayur saja. Isi ikan dan sayur-sayurnya dah hilang dilantak orang yang depan-depan. Jadi, harus beringat…   tapi dalam beringat-ingat tu, yang belakang biasanya tetap dapat makan sikit-sikit je. Tu lah , siapa suruh kau lambat je?lagipun, arwah atok aku dulu cakap, siapa makan lambat, kena kejar dek gajah. Betul ke? Hoho :P


4.     4.  Mandi perlu ikut giliran

Senang cerita, ambil nombor giliran dululah macam kat bank, pejabat pos ataupun hospital. “terima kasih kerana sabar menunggu. Anda akan dilayan sebentar lagi” :)

Tak pun, macam cerita P.ramlee, beratur ramai-ramai. Yelah, dah ramai kan? Jadi, kalau rasa nak paling awal dan paling cepat… bangun sebelum subuh pergi cop jamban lah. Nak sedap lagi, tidur depan jamban terus ataupun dalam jamban. confirm, kau yang paling cepat. haha.

Nasib baik rumah atok tempat melabur amanah saham dan tempat bersiram tu asing-asing dan ruangan tandas agak besar menghala ke arah belakang rumah. Sambil menunggu, boleh melepak dan berborak. tak lah bengang sangat.


5.       5.Pengkhususan kerja

Bila dah ramai-ramai, tiba-tiba saja dah jadi macam office. Ada jawatan masing-masing pula. Yang itu, tauke dobi, yang itu tauke masakan, yang itu tauke kemas rumah, yang itu tauke baby sitter, yang itu tauke perah nyiur, yang itu driver, yang itu accountan, yang itu tauke pergi beli barang… masing-masing ada kerja. 


Tapi yang tak bestnya, bila part ada yang nak ajdi CEO saja. Ni yang pening. Asyik dia saja yang arah dan kita jadi kuli-kuli saja, bukan tauke @ manager bidang masing-masing dah. Itu yang bengang sampai ke tulang sumsun tu. Ni pernah rasa masa pergi Sungai Buaya dulu ikut team Hubungan etnik. Nasib baik itu markah, aku dengar juga cakap. Kalau tak, aku hempuk kepala CEO, dan konco-konco pengarah tu. Ingat aku kuli batak kau ke? Hehh, terserong pula. Maaf..maaf. T_T

Jadi, bila dah dikhususkan… kerja pun jadi cepat kan? serta mudah dan ringan… berat sama dipikul ringan sama dijunjung, kan? Bukan kah,kata orang tua-tua, muafakat membawa berkat? ye tak?


pesan cik bulan:

Hidup... tidak boleh ikut kepala kita saja... harus bertolak-ansur dalam segala-galanya. Mungkin kau selalu mendapat yang terbaik, tapi bila kita berada dalam komuniti, kau harus beralah... harus sedar, yang semuanya tak seperti yang kau mahu dan harapkan... :)








8 comments:

Atiqah Adnan said...

hihi tapi seronok yang amat dapat kumpul ramai-ramai kan..? tak sabar tunggu rayaa...

NAZ said...

yeah logik tapi seronok lagi camnie kan

Sheherazade said...

owh teringat zaman pegi kenduri dulu2 mcm ni la jadinya,kecuali hanpon nge~


sekarang ramai sedara(tiada niat mengutuk keluarga sendiri) yg dtg sebagai tetamu jer :(

.::WaNiE::. said...

kekekeke sy suke entry ini !!

Cik Akma said...

yeahh agreed. baju kau baju aku. kain batik tualaa semuaaa pinjamm. huwaa rndunyee kg! :(

ardinihumaira said...

betul3... dni pon selalu alami perkara tu... selalunya kalo sedara datang, yang jadi korban adalah kena belikan berus gigi untuk dia, bagi pinjam towel dan juga segala bagai toiletries...


Asyik Suruh Boikot FB, Bagaimana Dengan GB?

Anonymous said...

nice entri..
adakalanya sseronok,
adakalanya menyakitkan hati.
dah lama tak balik kmpg..
rindunyer..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

itu lah kehidupan...
kalau xleh hidup la sorang2 dalam utan...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)