kalau ikutkan hati jahat dan tamak haloba aku, nak je aku MUSNAHKAN semua. nak je. kalau ikut tak sabar, kalau ikut nafsu setan, kalau ikut amarah, memang ahhhh, dah lama hancur berkecai semua. kalau ikut kejam, takde kesian, takde belas, takde fikir banyak, ahhh persetankan semua orang tu. persetankan semua benda tu. yang penting hati aku puas. aku dapat hak aku. dapat tegakkan apa yang aku nak.
kalau fikir jugak, ahh pedulik ah kau dah kena warning dengan bapak kau. pedulik ahh, kau takut adik kau hentam kau. ahh pedulik ah mak kau nangis untuk sekian kalinya atas apa yang kau buat... pedulik ah semua tu. ada haku kesah????
kalau fikir jugak, ahh kau yang mulakan semua ni, kau yang bermain api, sedangkan kau tahu hakikatnya macam tu, kenapa kau teruskan jugak??? masa kau nak create benda ni, kau tak fikir... kau tak fikir pun pasal bapak kau, pasal mak kau, pasal adik-beradik kau, pasal family orang tu, ada kau fikir???
tapi bila fikir-fikir balik.... banyak jugak baiknya kau pada aku, bukan sedikit benda kau buat untuk aku, bukan sedikit benda yang kau korbankan dan usahakan, aku fikir balik berbaloi ke jika apa yang aku nak itu terjadi.....???
akhirnya aku cakap pada diri... biar masa terbuang... biar banyak dah aku korbankan, biarpun bukan sedikit aku merancang, tapi aku kena fikir tentang orang jugak. 7 tahun bukan sekejap, itu aku tahu. tapi... kenapa ia jadi seperti itu?? aku nak sangat tahu jawapannya. boleh terangkan kepada aku?
p/s:
kenapa selepas menyerang di fb langsung tutup account? takut? aku nak kan kebenaran... aku tau kau baca ni. hubungi aku kalau kau benar.
2 comments:
orang kata berani kerana benar...
orang yang yakin dia dipihak benar takkan lari dari memberi kenyataan dan menerima kenyataan...
apa mslh org tu
jage diri k
Post a Comment