Jun 16, 2011

Biar putih tulang

dah dua hari datang sekolah pepagi hari sebab nak latih budak aerobik. aerobik yang kami duk berlatih ni macam cheer lady gak lah cuma satu team ada 30 orang. team tu team rumah biru, merah, hijau dan kuning ler. aku pulak cikgu penasihat rumah biru (biru tu bunga telang. pasal sekolah perempuan kan, nama rumah pun nama bunga ler :P)


so, pepaham sendiri lah macam mana nak handle 30 orang budak untuk ikut step yang kita buat, lepas tu nak suruh datang berlatih, nak pujuk jangan give up, nak cakap, eh awak boleh buat... memang memerlukan ketahanan fizikal dan mental.


budak-budak step nak hebat-hebat, lepas tu bial dah bagi yang hebat kan menganga pulak. tak boleh lah, malu lah... itu yang aku nak marah. kita bagi yang senang-senang, deme berlagak macam ah, gitu je step? itu yang rasa nak lempang je sedas dua. tapi mikior deme budak dan kita ni orang tua, takpe, layankan aje.


lagipun aku taknak baut kerja sekerat jalan. berpenat-lelah aku datang latih dorang dah sebelum ni, biar ah berbaloi kan. macam orang cakap, alang-alang menyeluk pekasam kan, biar sampai ke pangkal lengan. kan untuk merentas desa, rumah telang ni dah dapat no satu dengan markah yang agak tinggi. hanya tinggal beberapa percent je lagi, nak jadi juara keseluruhan. cikgu lama cakap, dulu rumah telang ngelast-ngelast jek duk belakang bontot orang, so tolong ler naikkan.


ni yang rasa semangat sangat tu. usaha sehabis daya. kan orang tua-tua dah cakap, biar putih tulang, jangan putih mata. takpelah, nampak tulang kering pun, asal hati puas. kena datang pepagi dan menjerit sambil cubit budak (hehh??) pun takpe ah, yang penting matlamat tercapai. ye dak?


hari sukan sekolah kat SMK Hillcrest. cikgu safia lari 4x100 tu....hehe


tanya kak kay, apa acara untuk guru? 4x100 takde ke? dulu naib johan kat hillcrest nihh. haha. kak kay jawab, ada... 8x50. mahu tak gelak aku. nak lari pun tak sempat penat. grrrr.

3 comments:

Sheherazade said...

biar putih tulang jgn kuning gigi

pepatah isma halil hamzah,kenal?
ngeh2

sugar2 kapas strawberry said...

buat step gaya kpop...sure dorg suke..hehe

cik arnab said...

hehe..tetiba ada gambar cik arnab kat cini..hehe..rindu kak pia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)