dan lebih hangat dari hangat f.m serta Leina hangat. wow! eh, aku dulu rasa sebal bila ucapan hati mengatakan bahawa blog kau blog mabuk sebab tu habuk pun tarak (tiada). tu yang aku bengang tak tentu hala, walau usaha gila-gila dan semangat merah menyala. nasib lah aku ni jenis positif otaknya, dan fikir, kalau nak sesuatu tu mana bolah dapat macam tu je kan? aku nak belajar, tampung belajar pun cari duit sendiri, usaha lah tu kan, jadi kalau nak duit nuff dan trafik tinggi, samalah, kena usaha lah bang!
[ohh ini bunga tahi ayam, bukan tahi ayam. maaf (",)]
lalu, kutekadkan azam. sebab tu kau nampak blog aku selalu je berubah stail. kadang-kadang macam perempuan mengandung pun ada, banyak sangat kempunannnya. nak itu ini, tapi template rupa itu juga, kan? ahh, persetankan template dan header tu. tunggu ah, aku cari yang baik punya, tapi yang aku suruh perasan ialah, kandungan blog aku. maaflah, kalau kebelakangan ini aku agak outspoken dan berani. hakhak, aku pun tak tahu kenapa, tapi sungguh, orang disekeliling aku banyak ubah stail dan bagi idea untuk aku berblog. sila percaya!
contoh, piala dunia 2010 (FIFA) ni kan... aku tak nak tulis pun, tapi ada saja mahkluk Allah yang bagi aku idea dan sebab untuk tulis pasal tu. lepas tu, stail aku bercakap, kata ganti nama diri aku guna, kau aku, pun sebab si dia yang begitu sempoi pakai cakap macam ni,padahal kan.. dulu berblog pakai nama 'pia' lepas tu 'saya kamu' (hakhak, gelak jahat) dan sekarang, sedikit advanced. ye, aku kau. tapi kepala otak kamu, masih belum pakai la nanti ramai yang sentap...
okay, itu transformasi. kenapa, sebab fikir-fikir ada baiknya... dan rasanya lebih merdeka bila cakap pakai kau aku saja, macam-macam boleh cakap, macam-macam boleh membebel, ala, macam cakap dengan pen... "eh, kau pen.. kenapalah aku beli warna merah bila tulis jadi warna hijau pucuk pisang" (contoh) atau "dear ladtop, kau tahu tak kenapa aku hangin satu badan hari ni?" (contoh juga), kan lebih cool... ye tak?
macam aku cakap, kalau buat sesuatu mesti kena usaha keras, usaha betul-betul jangan hangat-hangat tahi ayam. apa yang patut kau buat, buatlah. untuk kemajuan blog kau. tapi kalau sekadar suam-suam kuku saja, tak apalah, mungkin kau berblog suka-suka. tapi aku tak, aku punya target aku sendiri. target aku tu lebih hangat dari hangat-hangat tahi ayam sebab tu, aku tiap-tiap hari cuba cari tips, sharing atau cuba research ringkas tentang satu-satu benda. kata orang, aku rajin. ye, memang pun.
sebab aku lebih hangat dari hangat-hangat tahi ayam (tahi ayam ia hangat sekejap je, masa preeekkk keluar tu je), tapi target aku lebih hangat.... untuk trafik, aku ada target aku, dan alhamdulillah... beberapa hari ni, aku berjaya mencapainya. eh, walau tak semeriah trafik kau, tapi aku tahu trafik aku datang sebab usaha aku... ye, usaha! usaha macam-macam, sebab tu kau orang datang sini, kan?
bagaimana rupa trafik aku yang hangat tu? tunggu entry seterusnya...:)
cik bulan:
terima kasih sangat-sangat buat follower....aku cinta, sayang kamu, mmuahh!
[eh, kalu tak rasa sebal, tolong klik like ye?]
7 comments:
pst2-ku xde beri inspirasi kan?ngeh3 :P
ku terikut2 "hak2" kamu :P
tak berani nak letak target tinggi tinggi sebab kadang2 malas hahahah
peri pia,
kenapa syg tkde...?
ala..
hakhak itu best
eh wanie, trafik ko mmg dh tinggi gila wehh..mitak siket
mcm lagu black la plak...
;)
ehhhhehe,,,,gud job,,kat sni,,
i wanna write more world cup posts =P
Post a Comment