Mar 2, 2010

dari Bora Ombak - Rasa bersalah - Wangsa Walk-Danau Kota






...al-kisah si budak (dal
am gambar) merajuk...WINK-wink.;D


hola!



ini cerita hari Khamis (25 Feb 2010) hari itu.okay? baru nak post....




urm, cerita hujung minggu lagi.actually, masih belum sampai hujung minggu, tapi hari ni kan dah cuti, jadi semalam boleh disifatkan weekend untuk orang-orang, apatah lagi bakal-bakal cikgi macam kami yang sibuk dengan RP je seminggu-minggu. apa lagi.....masing-masing ingin keluar mereleaskan tension, yang sedikit-sebanyak membebalkan jiwa. bimbang, takut lama-lama otak jadi beku.saraf putus.mati otak....sebab, terlalu banyak menghadap buku dan anak murid yang pelbagai jenis aneka cipta.huhu.




mulanya, tempat yang dicadangkan ialah....bora ombak, ampang.ye, kata 'encik mangkuk,' tempat itu best...disertai dengan live band.ok, setuju!tapi....setelah berpenat-penat mencari parking, huh, sangat tidak berbaloi-baloi...tempat itu tidak seperti yang dibayangkan.indah khabar dari rupa.jadi, kami blah dengan selaju-laju yang boleh.sebab, kami dah melangkah masuk pun....agak bengang dengan encik mangkuk, tapi katanya....dulu tak macam ini.ok, alasan diterima.hehe.





then....kami mula memikirkan tempat baru. series, saya agak dahaga dan agak lapar malam ini. padahal, biasanya jika keluar pun, saya jarang makan sebab on diet.tapi bila time lambat jumpa kedai ni pula, tiba-tiba perut mula berbunyi.ha adoiiii.....encik mangkuk cadangkan banyak tempat. Perlukah ke NZ wangsa walk...atau ke KL saja....???timbang punya timbang, setelah berpenat-penat memusing-musing kereta ke situ ke mari, akhirnya kami memilih jalan Yap Kwang Seng, apa lagi kalau bukan si Rasa Bersalah @ Rasa Sayang.


this is what we called....baby cute zim.haha.

cik ros...cik Mila...cik mai....

kawan-kawan encik nazim


Saya memilih air kopi panas (sebab taknak cepat mengantuk. Nanti budak-budak ni nak layan bowling pulak.....) dan roti canai telur (agak-agak berapa kalori untuk malam ini ye?runsing.)


rasa sayang...saya suka environment kat sini. Kata BCZ (baby cute Zim.haha.mampus pia pasni kena dengan nazim kerana membocorkan rahsia ini...), dulu RS ni murah sikit. Tapi sekarang, agak naik harga la...tu dia kurang sikit dah melepak kat situ. Urm...betul juga kot kata BCZ tu, sebab saya tengok harga air kopi panas saya punya, ialah RM3.00 dan roti canai telur itu RM3.50...

mungkin dulu lagi murah....tapi tengok dengan restoren tu, compatible lah harganya kan??lagipun, ia 24 hours. Dan, menjadi tumpuan ramai....artis pun ada melepak kat situ. Malam sebelum itu, kami jumpa Lisdawaty dan suami, Fauzi Nawawi.tengah bersembang dengan seseorang. Mula-mula tak perasan...padahal sebelah je. Lisda cantik tak??cantik...dan sangat putih. tapi rasanya tak secantik dalam tv kot....kot lah.


aku dengan Ros

encik mangkuk?tiada gambar.dia sangat pemalu....hoho

Then, sesudahnya kami pusing-pusing KL kejap....dan terus ke Wangsa Walk. Excitednya kawan-kawan saya tu nak membowling.tapi...ramai orang.jadi, menungggu turn sikit punya lama. Then, sampai turn, masing-masing pun sibuk membowlingkan diri....saya?owh...tak mampu bermain benda alah itu.saya tak pandai lah.....pandai menerjah longkang saja.memalukan! jadi, kutinggalkan mereka dengan keriuhan itu bersama-sama CBZ, dan rakan-rakannya untuk berjalan-jalan di sekitar itu. Asalnya, masing-masing hanya nak berkaroke tapi, esok kan hari mulia. Agak-agak la...kan?




eh, aku nampak kaulah encik mangkuk!=p

Ketika ini, encik mangkuk menyatakan sesuatu kepada saya....yang membuatkan saya berfikir (serta sedikit merajuk.blah lah kau....kata dah lasak sekarang?). Kata encik mangkuk, saya memang suka kalau dapat bf yang asyik nak berkepit dengan saya. Yang boleh layan-layan saya sepanjang masa.memanja-manjakan saya. Yang tidak boleh main bola sepak. Yang tidak boleh minat kereta. Yang tidak boleh gila memancing. Yang bla...bla...bla....(mulut encik mangkuk memang tak ada insurans. Dan, cakap memang straight to the ampang point). Kecik-kecik...aku tengok encik mangkuk.rasa nak selam je beliau dalam kolam kat situ.oloorr.....kenapalah hati aku capat sangat terusik ni.(muahahaa...)




‘wak, jom balik....!’


‘ha...tengok2...cakap sikit dah marah.’


‘tak adalah.........................’(tapi muka muncung.haha)


‘ala wak...janganlah macam ni.saya tak sukalah....’ Hek eleh.ada aku kisah????kau suka ke tak...???


makin merajuk lah saya.(ayat terakhir tu benar-benar buat saya makin terasa) ‘ok.jom lah balik...awak tak suka kan???’




Encik mangkuk pening.

Iye. Sebetulnya, saya memang tak marah....sebab betul juga salah sebahagian kata encik mangkuk tu. Tapi....itu dulu. Dulu...hati kaca.suci dan murni. Tapi, sejak saya kenal dengan encik mangkuk, saya dah makin tough, saya tak nak dah bf yang jiwang karat bagai....yang asal bergaduh je, kasi bunga, yang nak berkepit dengan saya sepanjang masa, yang SMS saya tak kira waktu, yang tak peduli hal-hal lain selain saya....tak, saya tak nak dah.sebab....apa guna semua tu, kalau dalam masa yang sama dia masih boleh selalu sakitkan hati saya, buat saya menangis, dan tipu saya, then, ada perempuan lain???tak guna kan....???




Bak kata encik mangkuk lagi...’caring is sharing’ bukan ‘sharing is caring’

“Ha ah....dia caring dengan kau.dia caring juga dengan perempuan lain.kata encik mangkuk.itu maksudnya. Jadi, kongsilah!” –geram je aku dengar encik mangkuk...tapi nasib dia gelak.saya pun gelak lah.


Encik mangkuk naik gabra. Dan mungkin juga menyampah.bukan dia untuk memujuk bagai ni.....



Tapi, saya memang bengang. Sebab, rasanya dia seolah-olah memerli saya.sebab, sekarang saya tak macam dulu dah. Dan jika ditakdirkan dia jadi bf saya pun satu masa nanti, saya takkan minta dia buat dan jadi macam tu.sebab, betul saya cakap, saya serik dengan lakonan dan kata manis lelaki. Saya tak suka lagi untuk melihat yang manis pada awalnya....tapi, lebih baik saya tengok dia bukan baik dari mula lagi.contohnya, encik mangkuk....mulut dia memang buat saya sakit hati kadang-kadang.perangai dia pun bukan nak memikat-mikat. Tapi...saya tak tahu kenapa saya selesa berkawan dengan dia sekarang.




Encik mangkuk cuba memujuk....minta saya menyatakan ketidakpuasan hati saya. Tapi malangnya, mulut ni sangat berat dan saya tak reti untuk menyatakan kebengangan itu. Dia tak suka jika saya memendam rasa. Dia nak tahu supaya dia takkan mengulangi. Tapi dia ni bukan jenis orang yang suka bergaduh...dulu pun pernah marah dengan dia, tapi dia diam saja sehinggalah saya yang menelefon dia dulu. Yelah...dia bukan budak-budak seusia saya, yang baru 16tahun nih (cesshhh) walaupun dia orangnya, sangat gila-gila. (skema tahap gaban pia hri ni, ni.uiks)




Encik mangkuk bersuara.... “saya tak tahu awak kenapa...tapi saya rasa apa yang saya bagitahu awak tu, awak salah faham.sebab tu, awak ambil hati.yer...saya memang nampak main-main, dan saya kata macam tu...tapi, awak ingat saya ni tak pandai sayang orang ke??saya memang selalu cakap-cakap tak series, dan ramai kawan. tapi....saya takkan bawa perempuan keluar sesuka hati tau kalau saya tak suka.....”



Ha, ada faham???


Series. Dengan dia...saya belajar apa itu berkawan. Saya rasa tidak cemburu walaupun dia kata dia ramai kawan perempuan. Saya tak ksiah apa pun...Cuma saya selalu tunggu SMS dari dia. Sebab, dia jenis yang workaholic, dan agak kurang nak bermesej-mesej. Cuma dia akan call tiap pagi dan waktu makan tengahari. Dia betul-betul train saya jadi lasak dan tidak terburu-buru untuk jatuh cinta seperti sebelum ini. Saya sangat faham dia...Cuma kadang-kadang bengang juga bila dia tidur tanpa sebarang kata pun. Putih biji-biji mata saya menunggu ha....tapi dia dah menyahut panggilan haji.huhu.zZZZZzzzzzzzzzzz.hampeh.


Ok.saya pun berterus-terang dengan dia...dengan harapan dia akan faham bahawa di depan dia ini, bukan soffya yang dulu. Tapi...ini soffya berhati batu (iye ke...semalam kat sekolah dah down dengan student.haha). Tapi iye...saya rock sekarang. (batu=rock kan?)


Then, lepas slow talk....kami okay.sampai entry ini ditulis.....actually, best kawan dengan encik mangkuk ni. Sebab....tak sakit otak.kadang-kadang teguran dan bahasa-bahasa dia kasar...tapi pia suka.senang nak masuk dalam kepala otak. Tapi minggu ni selalu macam ni,mungkin sebab bendera merah naik kot.hehe.

......my mangkuk man, maafkan saya jika saya buat awak pening ye.......(-_-)


Sikit punya lama......1 jam lebih kot....siaplah mereka membowling. Siapa yang menang??tentulah....CBZ dan pasangannya, cik mila.then, cik mai pula mengungguli. cik ros..tengok-tengok saja.dia pun macam saya jugak...huhu. then, kami gerak ke danau kota...bukan ke up town, tapi mali’s char kuowteow. Tapi bukan kedai batu, hanya gerai kat atas bukit tu...mengoder makanan lagi.tapi saya dah tak makan.encik mangkuk makan nasi lemak sebab dah mula lapar balik...dia memang makan banyak kali, tapi makan sikit.selalu tak habis.



nasi lemak encik mangkuk yang pedas gila tak hengat



Lepas tu....apa lagi...balik r...tak.belum.belum.ke up town dulu...huhu.merewang sekejap...dan kemudian, pulang ke destinasi masing-masing.the end.






saya sekarang tak mahu dah life yang pening-pening & complicated.sebab tu...
saya sekarang lebih rela single and available.walaupun saya sangat kekok begini.=(





P/s: baca tag....tahulah.pia memang single dah, tapi pia tak kemaruk nak bercinta lagi ye.jadi, jangan assume pia macam-macam ok. lain-lain gambar dengn budak-budak ni pias malas nak mintak.so, pic sekitar rasa bersalah jelah.(T__T)



8 comments:

Jard The Great said...

hehehe.. wangsa walk? besh kan tmpt tu

soffya cik bulan said...

beshhh....jom pi karok?
superstar karoke, huhu ;D

sambil lepak2....

mama affan said...

perangai en.mangkuk ( mintak maap panggil mcm 2 jgk..huhu..) adalah perangai tipikal lelaki..kita prmpn mmg kena blaja jgn cepat sensitif dan majuk panjang..( nasihat org pandai..hik2..) sbb kalau da kawen lagi depa x layan hal2 remeh..nak cari yg berkualiti macam ayah kita da ssh..so pandai2 la bawak diri yer dear..huhu..

soffya cik bulan said...

aah, terima kasih akak...

tulah..pia cuba menerima keadaan ni skrg, sbb apa bayangan yg indah2 tu takkan seindah kenyataan kan


nk blaja jadi mkin lasak.on da way.hehe


p/s:suka dgn nsht akak....tkpe, pggil je dia en mangkuk.hoho

Sheherazade said...

xpenah pegi bora ombak
k.long suke wangsa walk mall

alahai syg bile kite blh berdating lagi

MéuzAngelo™ XXIII said...

wah.. bagus2.. byk gambo.. huhu
sng la org nak usya awek2.. kehkeh.. :p

soffya cik bulan said...

peri pia:

jom k.long...pergi bora ombak, belajar salsa.haha
yg jom jumpa kat wangsa walk.nak?


datinggggg....

soffya cik bulan said...

meuz angelo:

hoho..sgt nakal lah kamu ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)