Jun 22, 2010

penjara pudu | walaupun ia hanya sebuah 'penjara', tapi memorinya harus dikenang!

 ia sedang dirobohkan


Ye, sentimental value kata orang. walaupun tak mengusik perasaan sangat, tapi tetap mengusik ingatan. masih ingatkah pada catatan rekod muralnya? (aku pun lupa tapi ingat kembali bila melawat blog balkidz) Penjara Pudu telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat. wow, dan wow! hebat kan?
 


Hu...dulu aku pernah jalan ramai-ramai sepanjang penjara ini dari monorail Hang Tuah ke Times Square kerana konon-kononnya ingin bersuka-ria berjalan-jalan melihat haiwan. ye, dan kami seperti anak-anak kecil melompat sana-sini bertonggek mengambil gambar. agaga...itu kenangan tahun 2008 tika masih di UPSI yang tak dapat dilupakan, iaitu kenangan geng bas sekolah (memang geng bas pun sebab group kami naik bas transnasional hampir satu bas dari t.malim ke KL, perjalanan 1 jam lebih.haha)



ini sebahagian kami (sebab sebahagian lagi, gatal naik monorail.hakhak)


 aku dan ena

 kami bertiga.pia.mila.ena

itu kenangan dua tahu dulu.... tapi sekarang penjara itu tiada lagi. sedang dirobohkan. walau apapun pendapat kita, tapi kerajaan tetap dengan keputusan mereka. jadi, apa lagi mahu dikata, kan? berita lanjut boleh dibaca di SINI.


Sedikit latar belakang Penjara Pudu 

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892.
(sumber:the malaysian insider)



cik bulan:

bila baca pasal ni, teringat kenangan itu. ngee...itu dua tahun dulu tau. gambar-gambar itu telah diedit untuk friendster. zaman kuat benar layan friendster tu...

7 comments:

Sheherazade said...

fs lah temukan kita,penjara pudu dlm kenangan

bile nilai komersial mengatasi nilai sejarah :(

sugar2 kapas strawberry said...

syg..itu sejarah...

xdpt nk tunjuk kat anak2 nti.

ardinihumaira said...

tetiba dah dirobohkan.. sobbb sobb...

.::WaNiE::. said...

zaman friendster ;))

kat situ mula blogging

u too right soffya

aien said...

hilang satu lambang sejarah.. sob3..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

musnah sudah satu sejarah...

Sharifah Ena said...

hahaha.. ada lagi gambar ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)