Pages

Mar 24, 2010

pernikahan farid dan surya...



....inilah kad undangan yang dihantat kerumah saya...thanks sis...

...6 Mac 2010 (kota tinggi, johor) dan 13 Mac 2010 (Kemaman, Terengganu)...



salam...;]



dengan rasa rendah diri, saya mohon maaf dari kak sue sebab tidak menghadirkan diri di majlis bermakna beliau itu.sebab, kesibukan kerja dan kekhilafan saya sendiri (biar itu saya dan kak sue saja yang tahu,okay?) apapun, mohon maaf banyak-banyak, ye kak sue. untuk tu, saya persembahkan entry ini sebagai tanda mohon maaf dari saya...boleh ye sis?


*pertama-tamanya ini bukan entry bodek!okay?



sebab yang pasti,kak sue memang cantik!ini buktinya...

.
.
.
.
.

...kak sue di hari pernikahan...





lihat, di hari itu, dia lagi berkali-kali ganda cantik dan berseri-seri.dia juga bak ratu...memang dari itu dulu lagi pandangan saya tentang beliau.comel dan menawan!cara kak sue bergaya pun saya suka sangat!pakai apa pun tetap cantik! sebab tu saya selalu menggodeh frienster kak sue(ha, pecah rahsia.tapi dia memang dah tahu pun).ye, untuk tengok gaya kak sue dan kecomelan beliau berfoto.owh lupa...abg farid pun hensem juga.sama cantik sama padan!ngee...:D. tak percaya, tengok ni...




....kak surya dan abang farid...



owh ye....pasangan pengantin ini merupakan kenalan lama saya. abg farid saya kenali dia sebagai ketua pengawas sekolah SMAAK masa saya tingkatan satu, dia tingkatan lima. dia juga abg kawan sekelas saya, iaitu dalila. (tapi beali mungkin tidak terepsan saya pun...he).masa tu kak sue juga bersekolah dengan saya (satu dorm lagi time tu). kak sue tingkatan dua. kira...ni cerita cinta dari zaman sekolah lagi la...tapi kisah percintaan itu tidaklah saya mengetahui dengan banyak.saya puan tak suka jadi paparrazi tak bergaji.nanti karang, silap cerita kena hempuk dengan ka sue kan ha...





ini kisah dahulu kala, okay?zaman duduk-duduk dalam gua batu lagi.heee...bukan,bukan.masa zaman kanak-kanak ribena dulu lah...iaitu, masa form one. kawan-kawan saya berebut-rebut nak buat kak sue kakak angkat.nak-nak si che dan sabrina (hu...pecah lagi rahsia).yelah, masa tu demam berangkat-angkat ni melanda dengan parahnya.apatah lagi, duduk hostel.nak ada yang caring-caring..kan? (gatal...) tapi saya memilih seorang yang sempoi lagi selamba sebagai kakak angkat, iaitu kak jan (sis, masih ingatkah?hu...malu.malu.tutup muka 5 saat). tapi kita orang baik macam tu la...selamba.kak jan pun tak suka sangat benda-benda macam ni.tak ada la macam orang lain.berkepit sana-sini bagai. tapi yelah, tak nak saya kecil hati kan,kak jan pun layan jelah budak hingusan baru nak baligh ni.hua hua hua... (eiiii, malu lagi sekali bila ingat-ingat....tapi tetap sweet, okay?) nanti kan tak pasal-pasal saya menangis pulak, telefon mengadu kat mak.lepas tu, nak balik.keh keh keh.(itu peel budak tingkatan satu yang baru masuk asrama.ada faham?jadi jangan pelik bila nanti anak kamu semua pun macam tu bila dihantar ke asrama.hehhh)


....this is my kak ijan (IxoraNajira.blogspot).sekarang masih contact, tapi sebagai dua insan dewasa yang mungkin sudah jauh berbeza.T_T...




okay, tinggalkan hal tu.melalut dah...kita layan foto-foto ekslusif ini yang saya dapat dari mukabuku kak sue.kasi pecahlahhh!!!



...di hari pernikahan....


berdebar-deabr encik pengantin, ye?




...wah, sudah selamat.lega...


...bingkisan pengantin buat pasangan...





...outdoor photoshoot...



...majlis persandingan...






"kak sue dan abg farid,
tahniah buat kalian kerana telah selamat disatukan.semoga ikatan yang dibina direstui oleh Allah dan kalian dirahmati sentiasa.semoaga kekal berbahagia hingga ke syurga okay...semoga kerukunan itu sentiasa aman damai, dikurniakan anak yang ramai dan dimurahkan rezeki selalu...amin...."




p/s: sis, kamu sangat cantik!bertuah si dia....

P/s/s:jangan balas balik eh.nanti pia kahwin kak sue datang la eh....(masa tu kak sue mungkin dah beranak-pinak la kot?he,....)

kisah baju kurung berbelang-belang dan ladtop compact presario CQ35

...credit to GambarHehe.com...




tapi ia bukan fesyen kuda belang macam yang itu, okay? al-kisahnya, tika itu cikgu tergesa-gesa turun tangga...

pelajar:cikgu, cantik baju kurung cikgu.ha,macam yang saya nak beli... (cikgu jalan je.senyum.hehh, cikgu dah perasan baju lawa sangat le tu...ekekek)


pelajar lagi:cikgu beli kat jalan TAR ehhh?

(telan air liur aku. rasa mahu gelak...)


cikgu: (sengih, buat bodoh senonong je jalan...he)

dalam hati.."ish,ish, ish...macam mana student tu tahu-tahu je aku beli baju ni kat jalan TAR?"hahaks.

masuk library, apa lagi, kongsi cerita lah....berterabur budak-budak tu gelak.kenapa?sebab ini la....


...ini saya punya...




...ini mila punya...



...ini dik mai punya....



saya ada, dan mereka pun ada.mahu pakai sama-sama hajatnya.huhu...:D

keh keh keh...kena-kena.student sekarang laju je nak tegur kan?hu...saya tak peduli itu baju berapa harga, mana nak beli pun...saya tak kisah. dan juga tak jadi kudis kalau orang tahu...tapi bila student sendiri tegur macam tu, rasa macam nak gelak je....owh, dia pun tahu?he...dan saya tahu dia pun pasti berkenan baju yang sama, jika tak dia tak mungkin perasan, kan?hehh :D


lagi satu, gab antara student dengan guru langsung tak ada sekarang.dulu, berani ke kau nak tegur guru-guru macam tu?hu...mahu makan penampar laju-laju tak hengat ni. hehh. dulu nak tegur baju cikgu cantik pun rasa macam cuak je.karang takut cikgu salah anggap bodek ke apa, atau pandai-pandai kau je..he.


tapi sekarang, apa kisah?cikgu ke, pengetua ke, ala...siapalah sangat...macam kawan-kawan je dibuatnya..nasib saya bukan cikgu yang higest demanding, kerek gila tu.tak kisah pun...kalau student nak berkawan, saya jadilah kawan.lagi bagus.lagi harmoni,tapi, agak-agak la...



...cikgu yang berbaju oren berbelang hitam putih hari itu.yang control hensem bila ditegur pelajar.ishhh.sila lihat nametag....:D





balik sekolah, en mangkuk (kasar tak?tukar la..encik jamil pula eh,he...) dah menunggu depan pagar.dah lama menunggu lah tu...muka sengih, tapi loyar buruknya dia, tak tahu nak cakaplah.rasa nak cili-cili je mulut dia tu. students saya pun dilawakkannya.ishhh.


jangan salah faham ye.dia menunggu saya di hari itu sebab saya dah gila tak sabar nak ladtop baru...(T_T). semenjak ladtop saya rosak, saya macam mati kutu.nak online pun terpaksa berpinjam-pinjam.nasib ada kawan-kawan yang baik hati dan prihatin.dan yang penting, mereka tak gila blog dan tak gila fb.:D.


lagi pula saya ni jenis tak berkira rete redak saya, jadi orang pun tak loket lah dengan saya, bukan?itulah hidup..mesti buat baik dengan semua orang.biarpun kita geram, sakit hati, maraahhhhh, panassssss, hangitttt, hotttt....jangan sesekali buat balik apa yang orang buat.mantain baik je selalu...baru orang akan ingat kita, akan sayang kita, kan? (tapi saya bukan baik sangat pun...cuma agak sabar.itu je kot)


kereta itu meluncur laju ke Lowyat.sekolah dah habis pukul 6.50 dan hodoh-hodoh, jam-jam tadi gerak keluar dari taman boltan tu pun pukul 7 lebih dah.nak rushing lagi, lowyat kan tutup pukul 9.30.harap sempat...saya malas dah nak pergi 2, 3 kali.hari tu dah pergi sekali survey.ni saya tak nak survey-survey lagi.lagipun adik encik jamil, si ijal akan jadi tuan penasihat.dia kan budak it dan selalu datang situ beli ladtop kawan-kawan dan hadware ladtop.so, saya rasa mungkin tak tertipu lagi buat kali kedua.ohhhh


selepas jalan-jalan sikit atas tu dan dah sedikit pening-pening lalat, ye, lega.ijal call suruh cari si budak nama azdrul aizat tingkat atas sekali dan sampai-sampai je, ijal call budak tu.urusan jual beli, pertanyaan dan perjanjian harga dibuat antara mereka melalui telefon.ladtop yang budak tu suggest kat ijal sama dengan kehendak hati saya.


saya dah terliur dengan ladtop tu pun sebenarnya.terpamer atas meja.comel..kecil je....berbanding ladtop saya yang dulu dan paling latest compaq buat masa ni.kata ijal lagi, time dia datang hari tu pun belum ada lagi model ni.lagipun siri baru..dulu T siries, sekarang P siries.


saya pun tak faham sangat, tapi saya setuju benar dengan perjanjian tu dan maklumat yang ijal sampaikan.harga seperti yang saya nak..bajet dalam RM2000. harga sebenar rm2099.tapi ijal mintak upgrade ram 2GB (DDR3 tau.baru punya di pasaran) hanya RM2000.dengan 8 gift yang seperti biasa tu...then, saya nak beg galas HP nya sekali.


budak tu tawarkan RM2100 dengan upgrade warranty 3 tahun.lepas fikir-fikir saya setuju sebab saya tahu beg tu pun kat pasaran ada jual rm75-rm95. tapi malang, saya dapat beg hijau bukan pink.hehh. (actually, saya ni bukan jenis yang cerewet sangat bab membeli, nak minta itu ini, harga begitu begini dan itulah masalah saya)


sengih.dapat yang diinginkan...apa lagi, ada modal la beliau nak kutuk saya.
"hah, amik online lah sampai muntah.jangan tutup2 ladtop tu.dari malam sampai pagi, dari pagi sampai malam, pastu dari malam sampai pagi pulak.tapi pakai lah kipas besar sikit.kalau tak cukup besar, nak besar lagi, ambil kipas yang kat restoren yang besar kedabak tu letak kat bawah ladtop.ngeee...;D" (kurang asam kau ye, encik mang?)


dia gelak.hangin je saya dengar.perli lah tu.tak habis-habis ye engkau encik jamil?siaplah kau encik jamil, nanti saya online, saya tak peduli awak lagi, okay? (tipu, saya tipu je........T_T)


then, balik dengan sengih masih di bibir.hehhhh kau ni, macam budak dapat neneng kata encik M.he...gambar ladtop saya, nanti eh.belum sempat snap-snap lagi.nanti kawan-kawan rumah cakap, gila meroyan ke budak ni?tahu la..ladtop baru.ingat kau seorang je pernah ada ladtop baru...T_T


p/s:thanks to encik jamil...banyak tolong saya yang memang tak terbiasa hidup tanpa seseorang di sisi ini. apapun, dia memang baik walaupun tak baik sangat. (keh keh keh, ada unsur paradoks di situ....sila jangan faham)

p/s/s:hangin je encik jamil dengar saya selalu cerita dan kutuk pasal dia kat blog dengan nickname encik mangkuk.maap la...tapi itu kan hakikat.awak memang mangkuk man pun.saya malas lah nak tipu kat sini, kan tak baik tipu, dosa tau....XD

p/s/s/s:sekali lagi, gambar encik jamil memang tak ada....series.saya pun pelik...ada lah gambar-gambar curi tu. dia cakap, bayarlah, nak ambik gambar.masuk toilet pun bayar!hehhhh, apa ingat kau tu star ke nak bayar-bayar? dia gelak...saya gelak.asyik gelak je....(yelah, dia mesti malu, dia kan bukan belia muda remaja lagi...hehehe)

Atikah Sweet Giveaway



Contest!contest!contest! (macam pakcik jual aiskrim tu...)

Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY di http://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"


jadi, mahu tak makan coklat sedap-sedap?sambil berblog dan malayan facebook?apa lagi, buatlah apa yang saya buat, okay?



Dalam pertandingan ini, ada beberapa undeng-undeng (gaya ahmad nisfu, bapak mertua tiga abdul.hehe.bayangkan tuan penganjur, cik atikah baca undang-undang ni ala-ala ahmad nisfu.jangan marah ar cik atikah, hehh :D)


1. buat satu entri tentang giveaway ni..tajuknya mestilah "ATIQAH SWEET GIVEAWAY"

2. di dalam entri tersebut, letak gambar di atas.. :-) kalau taknak letak pun takpe.. :-)

3. kemudian, di dalam entri tersebut haruslah ada ayat di bawah:

"Hai kawan-kawan! jom sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY. hadiahnya satu kotak yang mengandungi 9 biji hand-made chocolate yang dibuat oleh Sweet Brown! Coklatnya sedap tau! Jadi apalagi, jomlah kita sertai ATIQAH SWEET GIVEAWAY dihttp://pepelungu.blogspot.com..JOM-JOM!"


4. kemudian, beritahu nama dan alamat blog @ entri di komen box saya.. :-)


hadiah ini hanya untuk 3 pemenang.. :-)
setiap pemenang akan menerima satu kotak yang mengandungi 9 biji coklat! :-)


tarikh penyertaan 6 MAC 2010 - 9 APRIL 2010




tak percaya coklat tu sedap?ha...tengok betul-betul ni (saya curi gambar ni kat blog sweetbrown.hu...sekadar memberi aroma supaya blogger jilat jari.hehhhh.untung-untung saya yang dapat 9 biji coklat tu!)



..kak ira, takpe kan?...


jadi apa tunggu lagi?





p/s:saya dah jengah sweet brown.wowww, menggiurkan nampaknya coklat-coklat hand made itu.terliur...sampai terjilat jari.ngeee..:D

p/s/s:hope dapat kotak ajaib ada 9 biji coklat tu.yeay!

jauh perjalanan kan, luas pengalaman?

20Mac2010 (sabtu)


....budak baru terkejut dari mimpi tidur dalam bas.hehh....




balik dari kemaman ke KL hari tu seorang diri.itu perkara biasa untuk saya.cumanya....bila dah sampai ke Kl, terasa pelik pula.owh, saya seorang.patut la pelik...(apa ke hel la minah ni.baru bangu tidur ke apa?jangan tak tahu, separuh mati tidur dalam bas wehh) apapun, seperti biasa masih sempat ke jalan TAR (ye, memori tempat budak hilang beg duit dan handset.he..malu.malu). itulah saya.kadang-kadang jalan sorang-sorang bisa membahagikan..(T_)T).ke jalan TAR biasalah, komang-komang pun sempat juga beli selendang sehelai dua.murah je jenab oii...hehe



...selendang murah itu, 2=RM15....



kemudiannya saya ke kota raya, belakang sikit dari mc'd tu.tahu kan?apa lagi, menunggu bas 41 atau 57 (hurm, encik mangkuk di sungai buloh tak sempat rushing menjemput saya...tapi tak pelah, bukan tak biasa berdikari, kan?).kalau dapat 41, mahu hangit nak sampai rumah ni. tahu tak, saya sorang-sorang berdiri di bahu jalan, menunggu bas tak kunjung tiba.apasal payah sangat bas ni, mogok ke apa?



masih sempat merakam situasi...merakam aksi...




hampir sejam juga saya menunggu.tibalah kelibat bas yang dinanti.wau, 57.macam budak nampak aiskrim, berlari-lari anak saya kejar bas tu.hoho...dan saya lihat sesuatu.sekali lagi.dan itulah yang selalu saya perhatikan bila naik bas runcit-runcit ni (saya panggil bas runcit-runcit, anda?)saya tak sampai hati...ye, selalu begitu.dan ramai yang pernah marahkan saya sebab rasa itu.pelik, kan?


...lihat pakcik konduktor bas ini.gigih kan?....




pakcik:"kl central, sri gombak, chowkit, sogo, sentul!!!"
(banyak kali jerit...melihat-lihat dan jerit lagi.mengharap)




tak boleh...memang tak boleh.saya tak boleh lihat orang bekerja penat-penat.apatah lagi, terjerit-jerit mencari pelanggan macam tu.dari seorang ke seorang.saya selalu berdoa, jangan orang terdekat dengan saya bekerja begitu.biar saya tak nampak, jika ada pun. tak tahu kenapa saya kesian.dulu ex-fiancee saya pernah marah, bila saya kesian dengan budak-budak yang kerja kat puduraya jual tiket, cari orang situ sini berebut pelanggan.menyapa siapa-siapa saja tanpa segan.nak-nak yang bekerja itu gadis-gadis, ataupun juga ibu-ibu.saya kesian...tak boleh tengok.kata dia, entah-entah duit yang dai dapat lagi bagus dari orang yang kerja ofis.hu....




tak.buka itu persoalan bagi saya.bukan saya kata kerja tu low class ke apa, tapi maksud saya...saya kesian bila saya yang melihat sendiri cahaya pengharapan pada wajah mereka.nak-nak jika mereka datang kepada saya.tu saja...berapa yang mereka dapat, itu saya tak peduli.cuma yang saya tahu...setiap hari hidup mereka pasti penuh pengharapan.ye, serupa dengan kita ada pengharapannya tetapi pengharapan itu pastinya berbeza...




itulah, makin jauh perjalanan makin luas pengalaman.dan bila lihat dengan mata kepala sendiri, pasti kau akan lebih mengerti, kan?






p/s:benar kata orang, makin banyak yang kau tahu, makin banyak yang kaut idak tahu sebenarnya...percayalah!


p/s/s:saya sebenarnya agak risau di situ seorang diri kat kota raya tu.walaupun orang ramai sibuk ke sana ke mari...jadi, saya pun buat-buat sibuk mengambil gambar..he