Oct 13, 2010

esok aku konvo, tapi tadi tak pergi raptai. bagus tak?

 sebab dalam mata ada RINDU... he :)

nak pergi raptai konon. kemain bersiap lawa-lawa. ambil train dari kelang transit kat KL central, turun tak naik-naik. cancel. rancangan bertukar, sebab ibah cakap, tak payah datang. biar dia je belajar. kalau part mana-mana kena angguk, kita pakat angguk katanya. kita ikut boss. boss angguk kita hanggguk. hakhak.

tengok kawan-kawan sekelas aku siap ada gambar pre-convo lagi. bagus tak bagus kan? aku agak ni masa ambil jubah hari tu ha...




info konvo (lebih lanjut di sini)

logotype


kalau mengikut peredaran masa dan bulan Islam, hari ni kira dah 13.10 dan memang hari ni lah konvonya. (betulkan, konvo bukan konvoi...ngeee) eh, bukan sekarang lah, tapi siang nanti bhai.. apa hal konvo malam-malam buta, kan, kan, kan? dan bila sebut konvo je, semua orang tahu, itu memang hari paling bersejarah dalam hidup selain nikah kahwin, sunat dll.(sunat pun bersejarah ke?hakhak)

jadi, sempena aku nak konvo ni... aku tak nak dera kau orang semua baca entry berjela-jela dan repekan aku yang tak ada kaitan langsung dengan kehidupan kau orang semua... maka aku nak buat entry kementot saja malam ni. maka dengan itu tamatlah entry ini dengan ucapan...

selamat berkonvo cik bulan! kalian, sila doakan aku berkonvo dengan selamatnya dan dapat jadi cikgu cepat-cepat. cikgu bahasa melayu ye, bukan cikgu PJ mahupun cikgu masak-memasak :P


pesan tahibulan:
terima kasih buat semua yang dah wish.. mek chah, dina, abg mujid dan lain-lain, dengan ucapan, ucapanmu ku kenang.keh keh keh, hakhak. :D siapa-siapa nak aku kenang dalam doaku tu silalah ucap secara berjemaah. hakhak. kalau nak lagi best, bagi bunga besauuu sekali, lagi best! :)

pertanyaan tak berapa nak ikhlas:
eh entry kementot ke?hakhak

5 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tahniah yong...

Unknown said...

selamt berkonvo ye cik bulan..

Unknown said...

slmat berkonvo..

. said...

Tahniah.

Sheherazade said...

tahniah syg...waaa nal kena lempang laju2 kah xpg raptai?hak2

syg maaf xdpt reply(T_T)..nanges xdpt jumpe lagi....kredit ku hbs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)